Artis / Selebriti
” Untung bro, imam hebat ni.. “

Alif Satar Kongsi Gambar IG Live Bersama Seorang Ustaz Namun Komen Roy Azman Buat Ramai Terhibur. Memang Ada Iras Macam Pelawak Tersebut !!
Penyanyi, pelakon dan pengacara popular iaitu Alif Satar mula membina kerjaya dalam bidang seni selepas beliau menyertai rancangan realiti TV One In A Million musim pertama. Pada ketika itu Alif berusia 16 tahun. Beliau sememangnya mempunyai bakat nyanyian sejak dari kecil lagi.
Selain nyanyian, Alif kini mengembangkan bakatnya kepada bidang lakonan dan pengacaraan. Beliau banyak mengacarakan rancangan – rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro bersama Shahrol Shiro, Sherry Al Hadad dan Zizan Razak.
Dalam bidang lakonan, antara drama yang melonjakkan namanya ialah Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr Pilot, Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan Pia. Beliau pernah memenangi Artis Versatil Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
Menerusi akaun Instagram, Alif berkongsi gambarnya dan ustaz Abdul Karim Al Makki. Beliau menyatakan rasa syukur kerana berpeluang mendengar perkongsian agama daripada iman masjid negeri Selangor tersebut. Alif turut mengajak sesiapa yang ingin mendengar majlis ilmu bolehlah menjengah ke Instagram Ustaz tersebut.
Rata-rata netizen merasakan Alif sungguh bertuah dapat mengikuti majlis ilmu tersebut. Antara komen-komen mereka :
” Untung bro, imam hebat ni.. “
” Sempat tengok tadi. Sangat bermanfaat. Ble belajar baca sekali tadi. Lucu juga Ustaz Karim eh…. paling lucu bab dia kata Alif baca 1 harakat setengah jer… setengah lagi balik kampung.. “
” Antara artis muda yg seimbng dunia dan akhirat nya… Semoga degn pengkongsian ini dpt memberi impact positive kepada semua… “
” One of my pebret artist .. humble sngat² … suka tgok kluarga ni… smoga sntiasa d rahmati Allah … gud attitude sebaik nama nya juga … “
” Sempat Alhamdulillah! Thank you alif and ustaz for sharing your knowledge! Baru kita tahu banyak lagi benda yg kita tak tahu. Keep on learningg.. “
” Alhamdulillah.. tq for a fruitful n amazing live session ! Dapat dgr azan masjid nabawi MasyaAllah .. “
Namun respon yang diberikan oleh Roy Azman agak menghiburkan :
Ad0i, sempat lagi Roy membuat lawak walaupun melalui komen sahaja. Memang sekali pandang memang seperti wajah Afdlin Shauki. Tapi jika dilihat beberapa kali tidak sama pun. Bagus Alif mengikuti majlis ilmu ketika dalam tempoh PKP ini. Sekurang-kurangnya masa tersebut diisi dengan perkara berfaedah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Alif Satar by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya
-
Viral2 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen