Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuhh doktor, betul-betul mengikuti isu semasa, terbahak-bahak saya baca tau.. ” – Netizen

Muatnaik Pesanan Buat Para Suami, Posting Terbaru oleh Suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Buat Ramai Terhibur. Part Komen Alif Satar Dan Respon Balas Daripada Dr Izzar Tu Kelakar. Berdekah Gelak Weh, Haha !!

Semalam, riuh-rendah di media sosial apabila seorang pempengaruh media sosial membuat kenyataan umum telah berkahwin dua. Sehingga ke hari ini, isu tersebut hangat diperkatakan oleh warganet. Ada yang mendoakan yang baik-baik, malah ada juga yang tidak puas hati apa yang dilakukan oleh pempengaruh media sosial tersebut.

Meninjau di akaun Instagram milik suami pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari memuatnaik satu posting baru. Menerusi posting itu, Dr Izzar berkongsi gambar satu huruf jawi. Di ruangan kapsyen, Dr Izzar memberikan pesanan buat suami-suami di luar sana.

Klik gambar untuk info..

Dr Izzar meminta para suami agar sentiasa berhati-hati berbicara dengan pasangan masing-masing kerana sekarang perasaan perasaan isteri-isteri dalam keadaan tidak baik gara-gara isu yang hangat diperkatakan di media sosial. Di akhir tulisan Dr Izzar mendoakan yang baik-baik buat semua para suami.

Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet dan juga pelakon Alif Satar. Alif turut memberikan komen dan komen Alif mendapat respon balas oleh Dr Izzar. Sehingga kini, pesanan Dr Izzar menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur lepas membaca pesanan khidmat masyarakat daripada Dr Izzar. Antara komen-komen menarik adalah :

” Fuhh doktor, betul-betul mengikuti isu semasa, terbahak-bahak saya baca tau.. Saya pun harap doktor dalam keadaan baik-baik sahaja ya.. “

” Aku kena cancel smua aktiviti luar pejabat dan outstation sampai tahun depan demi menjaga hati semua pihak. Skrg masa tak sesuai berada luar rumah.. “

” Hahahaha memang menantikan posting ni daripada Dr.. Dr paling kelakar dlm Malaysia dan paling setia insyaallah hehehe untung kak Ummi.. “

” Suami sy dah kena tempias sebelum tidur hahaha drpd dia tatau cerita, sy cita semua hahaha.. Rasa lapang dada boleh lepaskan, haha.. “

” Jgn cari pasal semua kaum2 suami mggu ni minggu bad mood wanita semua, gara-gara seorang sahaja buat hal, habis semuanya kena tempias.. “

Klik gambar untuk info..

” Hahahhaha.. Amik langkah berjaga2 nohh.. Bln ni.. Bapak2 kena ajar ank mngaji.. Mak2 emotional tak hbis lg.. Skgi slah sebut naiya oooo.. “

” Okay doc ni mmg selalu buat lawak time2 emosi perempuan tgah baraaaaaa kan, hahaha.. Post ni je buatkan saya tenang sikit, hahaha.. “

Komen Alif Satar dan Dr Izzar :

Penuh tersirat pesanan Dr Izzar buat kaum lelaki, tapi Dr Izzar memang suka melawak. Ada sahaja postingnya sebelum ini mencuit hati ramai. Apa-apa pun doakan yang baik-baik, setiap ujian yang terjadi dalam kehidupan masing-masing pasti ada hikmah dan sudah ditetapkan oleh Allah buat kita sebagai hambanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG izzar, alifsatar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT