Connect with us

Artis / Selebriti

” Kenapa air mata ku laju dengar selawat ni. Melodi dia simple, tenang je rentaknya.. ” – Netizen

Video Throwback Arwah Suhaimi Saad Bersama Anak-Anak Mengalunkan Selawat Ibrahimiyyah Buat Warganet Tersentuh. Irama Yang Cukup Menenangkan, Sampai Terngiang-Ngiang Di Telinga. Suara Anak-Anak SS Pun Merdu Dan Lunak. Pandai SS Cipta Melodi Lagu Ni !!

Saban hari, satu demi satu kebaikan arwah Suhaimi Saad didedahkan dan dikongsikan di media sosial. Dalam kesederhanaan Suhaimi membesarkan anak-anak, banyak asuhannya yang membuatkan semua orang membuka mata sekarang dan menyedari asbab mengapa Suhaimi memilih untuk mengajar sendiri anak-anak di rumah.

Meninjau akaun Tiktok ReneeSharina, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Suhaimi mendendangkan selawat ibrahimiyyah bersama anak-anaknya, Hadie dan Salman. Rentak dan irama selawat ini yang dicipta sendiri oleh Suhaimi begitu asyik didengar.

Klik gambar untuk info..

Bacaan ini sering dibaca setiap kali waktu solat ketika tahiyat awal dan akhir. Ada juga di kalangan warganet baru menyedari ianya bacaan yang selalu dibaca, namun apabila dinyanyikan sebegini kedengaran begitu menarik. Ditambah pula suara Hadie, Salman dan Suhaimi sendiri yang lunak dan merdu, sampai terngiang-ngiang di telinga yang mendengarnya.

Suhaimi pernah bercerita sebelum ini antara cara yang digunakan untuk mengajar anak adalah melalui nyanyian. Irama selawat oleh Suhaimi ini bukan setakat budak-budak suka mendengarnya, malah orang dewasa juga terikut menyanyi bersama.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@reneembee

Semoga pahala berpanjangan buat Almarhum Suhaimi Saad dan anak2nya. #zikirharian #selawatibrahimiyyah #tahiyatakhir #fyp

♬ original sound – ReneeSharina – ReneeSharina

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 45 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Rupanya selalu baca dalam tahiyat akhir dalam solat.. Memang sedap suara dan alunan selawat Ibrahimiyah.. ”

” Best la, kita pun terikut-ikut.. sampai nyanyian tu ke jiwa. saya selawat ikut rentak ni jadi syahdu dan sayu hati ni.. ”

” Allahuakbar.. memang sayu tengok ank2 arwah pulk kn… semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman aminn2.. ”

” Laaa ingt dia petikgitar ke apa… rupanya meja je blh jd irama muzik. hebat ss ni.. melodi dia simple. sedap di dengar.. ”

” Tak bosan mendengarnya… malah sedap plk mendengarnya.. sejuk n tenang je dgn rentak nya mcmtu.. Allahuakbar… moga syurga buat SS.. ”

” Seyes sedap sangat dengar… nonstop wei ulang-ulang. Saya terus terjebak. budak ramai suka.. dan tiada henti pahala buat ss.. ”

” Kenapa airmata ku laju dengar selawat ni. merdu lunak suara anak beranak mereka semua ye.. moga aman tenang arwah ss Di alam yg kekal abadi.. ”

” Anak sy umur 2 tahun suka dgr selawat ni. terangguk2 kepala dia. sungguh merdu selawat ini dilagukan ank beranak ini.spikn kita pun terikut2 dgn lenggoknya.. ”

Klik gambar untuk info..

Besar pahala dan tak berhenti mengalir untuk Suhaimi kerana ramai yang suka dan mula berselawat kerana video ini. Irama yang indah dan mudah untuk menarik minat anak-anak berselawat. Semoga Allah memberkati Suhaimi selalu dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok ReneeSharina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT