Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia dijamin syurga tapi dia masih mengejar syurga. Masyaallah rasa diri malu dengan dia.. ” – Netizen

Perkongsian Alif Satar Bersama Seorang Lelaki Kurang Upaya, Muhammad Khodri Di Masjid Ketika Solat Subuh Buat Ramai Tersentuh. Menusuk Ke Kalbu Kata-Kata Pesanan Khodri Di Akhir Video, Terus Sampai Ke Hati !!

Selebriti Alif Satar tidak asing lagi dengan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ . Baru-baru ini telah dikongsikan oleh Alif di akaun Instagram miliknya mengenai kira-kira 3,000 jemaah hadir ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk solat Subuh berjemaah pagi pada 1 Januari baru-baru ini.

Alif turut berkongsi video yang memaparkan suasana sekitar ruang solat yang dipenuhi jemaah. Boleh dikatakan inisiatif Alif melancarkan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ ini berhasil menarik lebih ramai umat Islam hadir ke masjid seawal pagi. Untuk pengetahuan Alif memulakan misi itu pada penghujung bulan November lalu.

Klik gambar untuk info..

Namun satu video telah menarik perhatian warganet apabila Alif berkongsi tentang seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dikenali dengan nama Muhammad Khodri. Menerusi video tersebut, Alif mengatakan Khodri akan tiba di masjid paling awal setiap pagi dan setiap waktu solat, Khodri akan berjemaah di masjid.

Ada warganet mengatakan sering melihat Khodri di masjid serta memuji sikap Khodri membantu membuka lampu dan aircond masjid sebelum solat berjemaah dilakukan. Perkongsian ini hingga kini menerima ribuan komen sejak dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Alif ini dan kagum dengan sikap Muhammad Khodri. Antara komen-komen warganet adalah :

” Dia dijamin syurga tapi dia masih mengejar syurga. Masyaallah rasa diri malu dengan dia.. Org yg original dri kecik kurang upaya, mmg sdh d jamin syurga krna itu lah ganjaran buat mereka.. Sdg kn kita masih dgn dunia.. “

” Dulu2 dekat sekolah selalu nampak dia solat sunat kalau dia free or rehat. Baik sangat peramahhhh budak Khodri ni.. Semoga syurga utk dia.. “

” Adik ni bukan sebelum Subuh je dia dah ada. Waktu solat yang lain pun dia yang paling awal, dia yang bukakan segala lampu dan aircond kat Masjid Bukit Damansara tu.. “

” MashaAllah Khodri insan terpilih. Insan hebat. Sejukkkk perut ibunda. Tenang jiwa ayahanda. Sungguh ayat Alif. Siapa yg kurang upaya sebenarnya.. Kalau Khodri boleh, apa alasan yg cukup sempurna tak boleh buat sama.. “

” MasyaAllah. Dia sudah pasti dijamin syurga. Kita belum tentu lagi.. Semoga kita istiqamah melakukan kebaikan.. Terima kasih Khodri atas kata2 yang indah.. “

” Khodri org hebat.. Allah sayang Khodri. Kami malu dgn diri sendiri kalau dibandingkan dgn Khodri. Semoga ini menjadi asbab buat kami semua utk masuk syurga bersama2.. “

” Sempat singgah solat di masjid kota damansara minggu lepas. Nampak kelibat khodri buka lampu di bahagian lelaki sblm masuk waktu solat. Masyallah dia bukan je berjemaah setiap waktu solat tapi dia la org pertama yg dtg sblm waktu solat.. “

Klik gambar untuk info..

Masyaallah betul-betul menusuk kalbu kata-kata Khodri pada akhir video. Semoga amalan baik yang dilakukan Khodri dapat dicontohi kita semua. Sementara itu, akui Alif lagi dia terkejut impak ‘ Geng Subuh Macam Jumaat’ ini sampai ke pengikut di Indonesia, Australia dan Turki turut mengikuti kempen itu, manakala pelajar-pelajar universiti juga turut serta buat kempen subuh berjemaah di kampus masing-masing.

Silakan SHARE..

Sumber : IG alifsatar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT