Artis / Selebriti
” Ulang kali tengok, sebab cute sangat cara dia sebut.. ” – Netizen

Datin Dr Halina Kongsi Video Gelagat Anak Kecilnya, Sophea Emelia Sudah Pandai Menyebut Nama Kakaknya ‘Bella’ Buat Ramai Ger4m. Part Sebut Bella Banyak Kali Tu Memang Comel, Siap Si Kakak Pun Menyahut !!
Setiap kali perkongsian video oleh angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos mengenai anak-anak mereka, pasti mendapat perhatian warganet. Si kecil Sophea Emelia antara yang menjadi kegemaran ramai pengikut.
Jika sebelum ini, Dr Halina pernah berkongsi video perkataan pertama Emelia sudah pandai menyebut beberapa perkataan. Terbaru, Dr Halina berkongsi pula video gelagat Emelia yang suka memanggil nama kakak sulungnya, Bella.
Dalam video tersebut, Dr Halina telah meminta Emelia yang sedang berada di sisinya untuk memanggil Bella. Sejurus itu, terus Emelia menyebutnya dan Dr Halina meminta lagi Emelia untuk memanggil Bella.
Gelagat Emelia yang berulang kali menyebut nama kakaknya itu buat ramai yang menonton terhibur. Malah kedengaran pada akhir video, suara Bella menyahut apabila mendengar Emelia memanggil namanya. Alahai comel sangat Emelia ni.
Hingga kini, perkongsian oleh Dr Halina itu telah ditonton lebih 170 ribu tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Emelia, comel sangat lah suara panggil Bella.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video tersebut dan memuji kecomelan Emelia. Antara komen-komen menarik adalah :
” Imagine Bella’s reaction when she hear this. Cute lah Emelia ni, memang mini Dr Halina betul, hehehe.. “
“Hahahaha, my son same age with ur twin babies. Sama lah his fav word nama kakak dia, Hanna, Anna, Anna.Kakak dia syg sgt adik dia ni.. “
” MasyaAllah, ulang kali tengok, sebab cute sangat cara dia sebut. Mesti Bella kakak kesayangan Emelia kan Dr, hehe.. “
” Aww, tak pelat pun sebut L. Lepas ni boleh panggil “Bella dinner” ganti mummy yer Emelia, hahaha ger4m tengok bud4k comel ni.. “
” So cute la “Bella”. Adik kakak sgt ni, sayang sungguh dia kat Bella. Ger4m btl dgr, sedap suara Emelia panggil.. “
” Bella is her fav sister i guess. Sampai last tu menjer1t panggil Bella. Huhu nanti share lagi Dr video Emelia, suka tengok.. “
” Ger4m lah, tak lama lagi rasanya dah boleh cakap Emelia ni. Bagus cara sebutannya, langsung tak ada pelat, good girl Emelia.. “
Wah Emelia dah pandai panggil nama Kak Bella yer, video ni memang sangat comel, patut lah ramai yang suka. Apa-apa pun, semoga Emelia terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Halina Mohd Yunos, Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin