Connect with us

Artis / Selebriti

” Tuanku permaisuri main gelongsor, ingatkan yang keluar tu cucunya. Haha.. ” – Netizen

Melawat Taman Tasik Perdana, Gelagat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raih Tumpuan Warganet. Alahai Comel Permaisuri Main Buai Dan Gelongsor Tu. Sama Naik Dengan Cucunda Lah Tuanku !!

Menerusi akaun Instagram Istana Negara, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong melawat Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Lawatan ini sungguh bermakna dan mengamit memori buat Baginda Sultan kerana kali terakhir baginda menjejakkan kaki ke sini adalah sekitar tahun 1970 ketika usianya 11 tahun. Lawatan ini turut disertai oleh cucundanya, YAM Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.

Selain itu juga, pengunjung-pengunjung yang berada di situ turut berpeluang beramah mesra bersama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. Seronok melihat gelagat Tunku Azizah melayani cucundanya bermain permainan di taman.

Permaisuri yang humble orangnya ini juga dilihat turut sama bermain buaian dan gelongsor nampak gembira sekali. Beruntung cucunda ada nenda yang sporting sebegini. Untuk makluman, keberangkatan tiba Sultan dan Permaisuri disambut oleh Datuk Bandar Kuala Kumpur, Datuk Seri Haji Mahadi Bin Che Ngah.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Lebih 20 ribu likes telahpun direkodkan untuk posting ini setakat ini. Rata-ratanya terhibur melihat gelagat Tunku Azizah dan antara komen-komen mereka :

” Tuanku permaisuri main gelongsor, ingatkan yang keluar tu cucunya haha. Comel je Raja Permaisuri ni, so humble.. “

” Comel je Tunku Azizah main buai, sambil teman cucu leh sempat dating ye. Alolo comel permaisuri main slide tu.. “

” Tak pernah lagi dalam sejarah pasangan KDYMM Agong dan Permaisuri beriadah di tempat awam seperti ini. Saya rasa pasangan DiRaja berdua ini yang paling sporting buat masa ini. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati Ke Duli Tuanku berdua.. “

” Comel Tuanku berdua, kita pun seronok tengok agong dengan permaisuri yang berjiwa rakyat macam ni.. “

” So humble and so down to earth… Love you YDPA & Permaisuri Agong. Comel je tuanku main gelongsor tu.. “

” Comel laa tuanku main papan gelongsor. Cute sesangat, bestnya kalau ada sekali dekat situ boleh jumpa permaisuri.. “

” Ala cute je permaisuri main buai, sporting sangat. Seronok tengok Tuanku Permaisuri dan cucu. sultan dan permaisuri kesayangan rakyat.. “

Sungguh menggamit memori setelah berpuluh tahun tidak ke sini. Permaisuri yang sentiasa ceria dan menyenangkan hati rakyat yang melihatnya. Semoga Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah sentiasa dalam lindungan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Istana Negara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT