Artis / Selebriti
” Touching dengar ucapan mama YB, penuh rasa kasih sayang kat Bella dan anak-anak.. ” – Komen Netizen
Video ucapan tahniah daripada ibu YB Syed Saddiq, Puan Shariffah Mahani kepada YB Syed Saddiq, Bella Astillah dan anak-anaknya, Ayden dan Ara buat warganet tersentuh. Sayang sungguh Mama YB pada Bella dan anak-anak. Touching sangat..
Meninjau di akaun Instagram milik radio ERA, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Bella Astillah bersama anak-anaknya, Ayden dan Ara, serta tunangnya, YB Syed Saddiq yang menyertai acara Triathlon 2026 pada hari ini. Kehadiran mereka sekeluarga mencuri perhatian ramai dan dilihat begitu ceria dan bersemangat sepanjang acara berlangsung.
Namun begitu, apa yang paling menyentuh hati ramai adalah video ucapan tahniah daripada ibu kepada YB Saddiq, Puan Shariffah Mahani. Ucapan yang penuh dengan kasih sayang dan kelembutan itu ditujukan khas buat YB Saddiq, Bella serta Ayden dan Ara selepas mereka berjaya menamatkan cabaran triathlon tersebut bersama-sama.
Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan betapa akrab dan mesranya hubungan Puan Shariffah dengan Bella serta kedua-dua anak Bella itu. Malah, tutur kata yang diungkapkan oleh beliau memperlihatkan rasa kasih yang sangat mendalam seolah-olah Ayden dan Ara adalah cucu kandungnya sendiri. Sikap penyayang yang ditunjukkan itu membuatkan ramai berasa tersentuh.

Malah, bukan itu sahaja, warganet meluahkan rasa kagum melihat layanan baik yang diberikan oleh Puan Shariffah terhadap Bella dan anak-anaknya. Ramai yang berpendapat bahawa Bella sangat bertuah kerana bakal memiliki ibu mentua yang begitu memahami, penyayang dan menerima dirinya serta anak-anak dengan hati yang terbuka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Touching dengar ucapan mama YB, penuh rasa kasih sayang dia dekat Bella dan anak-anak.. Kitap pun rasa bahagia juga.. “
” Ibu mertua dari syurga.. Alhamdulillah rezeki Bella dapat bakal mertua yang sayangkan dia dan anak2 penuh ikhlas.. “
” Terbaik yb membawa family bella kearah yg positive.. Aaaawww proud mamaa heree.. So happy tengok keluarga ni.. “
” Positive vibes btul family ni.. Saling support antra 1 sma lain.. Keep it up.. Sesibuk mana pun mereka, tetap ada masa untuk keluarga dan buat aktiviti yang sihat.. “
” Alhamdullilah ..akhirnya bella dpt ucapan bermakna dr ibu mertua,camni lah tutur kata ibu mertua bkn hina keji anak2 menantu.. “
” Mereka satu klga suka brsukan’sweet nya ucpn mama YB.. Kita plk yg tak sbr nk tgk bella di satu kn dgn YB.. Mudh2an mnjd klga bhgia dunia dn akhirat brsama ank2 trsyg.. “
” Cantik luaran dan dalaman mama ni. Bahasanya cukup indah. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Mother in law from HEAVEN.. “
Ada juga warganet yang menyifatkan Puan Shariffah sebagai ibu mentua dari syurga kerana keikhlasan dan kasih sayang yang dipamerkannya. Perkongsian tersebut sekali lagi membuatkan ramai mendoakan agar hubungan Bella dan YB Saddiq terus bahagia sehingga ke jenjang pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen

