Artis / Selebriti
” Tolong jangan berhenti menyanyi Liza. Dah aku ternangis sama tengok Liza nangis.. ” – Netizen
Video Liza Hanim Menangis Ketika Temubual Dengan Wartawan Sejurus Selepas Berakhirnya Final All Stars Gegar Vaganza Buat Ramai Tersentuh. Alahai Kesiannya Liza, Sampai Terdetik Nak Berhenti Menyanyi. Nampak Liza Sedih Sangat Tu !!
Menerusi akaun Instagram Astro News, telah dikongsikan satu temubual antara Liza Hanim dan pihak wartawan setelah berakhirnya final All Stars Gegar Vaganza. Liza Hanim merupakan peserta kegemaran yang diramalkan oleh ramai peminat untuk menggondol gelaran juara.
Namun bukan rezeki Liza untuk dinobatkan sebagai juara untuk musim ini. Menjawab pertanyaan wartawan, Liza Hanim mengakui suatu ketika dahulu dia pernah terpikir untuk berhenti menyanyi dan mengundur diri daripada industri hiburan.
Namun menyedari masih ada di kalangan peminat yang masih menghargai bakatnya, Liza Hanim melupakan hasratnya itu. Begitu juga dengan perjuangan Liza Hanim dalam GV kali ini. Liza memang sudah tekad untuk berusaha agar dapat ke peringkat ini.
Kata Liza, dia sedar peminat adalah kekuatannya kerana selepas berminggu-minggu berhempas pulas di pentas GV untuk menghasilkan persembahan yang terbaik. Peminat pasti akan memberi teguran dan kata-kata semangat jika ada kekurangan dalam nyanyiannya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kakak liza, saya undi banyak tau hot seat nama lizahanim. Bangga tau yg saya undi smpai ke final.. ”
” Betul kak Liza Hanim pun layak diangkat dijulang sebab beliau dh lama berjuang, juara atau tak dia memang dh taraf legend2 tanah air.. teruskan akak.. ”
” The true winner/champion..never ever put a stop to your singing career. Superb vocal indeed..memang mantap lunak merdu.. ”
” Liza hanim ni aku rse dia pnya range suara mmg mantop wei.. apa plk xlayak ? lagu2 dia pon best tauuuu tggi2 jgk lagu dia. no worries kak liza we support u okay. truskn brkarya.. insyaAllah ada rezeki kami dtg konsert akak ye smangat tau.. ”
” Kesian dgn dia riak wajah dia smlm nmpk seolah juara dh ada depan mata tp tu aar nasib x sebelahi dia. chill yea LH xde luck pape pun awak tetatp terbaik n sore wowww.. ”
” Malam tadi tgk Liza Hakimi perfome mmg power sgt sampai menitik air mataku masa lagu Titanic tu.. meremang time tu Sbb suara die mmg power.. ”
” Suara Liza mmg dr dulu2 kak suka sedap didgr x dak la mjerit 2 teruk sgt. Tolong jgan berenti myanyi kk liza.. Awak menang di hati kami.. dah aku ternangis sekali tengok Liza nangis.. ”
” Jgn bakatnya sgt besar. memang patut juara cuma tiada rezeki. kekal positif ok. insha Allah rezeki Allah itu luas.. Liza U memang best .. ya ramai tak hargai bakat U tp U memang sgt sgt berbakat. jgn toleh belakang fokus jer for carrier.. ”
Sebak mendengar luahan hati Liza Hanim ini. Di mata peminat, Liza Hanim sudah pun menjadi juara dan legend. Jangan berhenti berkarya dan teruskan memberikan yang terbaik untuk peminat okey. Good luck untuk konsert nanti Liza Hanim.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro News
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Una, kalau Una tengok video ni cuba Una angkat telefon, reply whatsapp saya.. ” – Fattah Amin