Artis / Selebriti
” Suara sama tau anak dengan mak ni. Sedap betul suara Marsya.. ” – Netizen
Video Persembahan Liza Hanim Dan Anaknya, Marsya Qistina Di Liza Hanim 27 Years Journey In Concert Cur1 Perhatian Warganet. Wah Sedapnya Suara Anak Liza Ni, Padu Macam Ibu Dia Juga !!
Semalam tanggal 4 Februari telah berlangsungnya Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Setelah sekian lama, akhirnya Liza Hanim ada konsert solo sendiri. Banyak lagu-lagu hits Liza Hanim dinyanyikan antaranya Getaran Cinta Di Jiwa dan Gelisah Mimpi.
Liza Hanim turut membuat kelainan apabila mengundang anaknya, Marsya Qistina sebagai penyanyi jemputan. Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dimuatnaik video ketika Liza Hanim dan Marsya berpadu suara menyampaikan sebuah lagu untuk hiburan semua yang hadir.
Sama hebat dan sama merdu suara anak dan ibu ini. Marsya pula sudah biasa menyanyi di hadapan ramai. Untuk makluman semua juga, ini bukan lah kali pertama Marsya berduet di pentas bersama ibunya dan sudah beberapa kali membuat persembahan bersama.

Mendengar lenggok dan suara Marsya ini saling tak tumpah seperti Liza Hanim. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat seni Liza tempiasnya kena pada anak sulungnya ini. Harmoni sahaja paduan suara Liza dan Marsya, memang terbaik.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 900 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara sama tau anak dengan mak ni. Sumpah sedap memang berbakat besar puteri Liza Hanim ni.. ”
” Awwww sweet tau. Dapat berduet dengan anak sendiri. Sedap betul suara Marsya Qistina ni.. ”
Beruntung Liza ada anak dara yang berbakat besar dan memiliki suara yang lunak merdu sama sepertinya. Jika terus digilap bakat Masya ini, tidak mustahil Masya boleh menjadi pelapis Liza Hanim pada masa akan datang dan seterusnya berjaya dalam industri muzik.

Apa-apa pun, konsert Liza Hanim semalam berlangsung dengan jayanya dan memberi kenangan manis buat semua peminat Liza Hanim. Semoga Liza Hanim terus maju jaya dalam nyanyian dan jangan berhenti berkarya serta menghiburkan semua peminat yang sentiasa menyokong Liza Hanim.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya



