Connect with us

Artis / Selebriti

” Tokti bercakap dengan pekerja macam cakap dengan family, lembut je.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Ucap Dan Menyanyi Lagu Happy Birthday Untuk Seorang Staff Di Pejabatnya. Alahai Blushing Terus Birthday Boy Dapat Wish Daripada Tokti. Siap Pekej Menyanyi Lagu Birthday Depan-Depan Lagi, Bertuahnya !!

Selain kerjaya sebagai seorang penyanyi, Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga mempunyai empayar perniagaannya sendiri iaitu CTDK Holdings. Mempunyai ratusan orang pekerja di bawahnya, sebagai seorang majikan, DS Siti memang tegas orangnya.

Meninjau akaun Tiktok haery_dean, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di pejabat CTDK Holdings. Pada permulaan video, kelihatan DS Siti memasuki pejabat dan berhenti di hadapan meja pekerjanya serta bercakap dengan salah seorang daripada mereka.

Klik gambar untuk info..

Menyedari hari itu adalah hari ulangtahun salah seorang pekerjanya, DS Siti sempat menyanyikan lagu happy birthday untuk pekerja tersebut. Kata DS Siti lagi, sekarang masih lagi berpuasa dan mereka semua boleh menyambutnya ketika berbuka puasa nanti.

Cara DS Siti bercakap dengan pekerja dengan penuh lemah lembut itu membuatkan warganet teruja. Ramai juga yang teringin hendak bekerja di pejabat DS Siti. Bertuah sungguh, sudah lah dapat melihat DS Siti setiap hari, dapat pula wish sweet seperti itu. Blushing terus muka birthday boy.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@haery_dean

Another day, another birthday in office 😄 Hepi bdayyy @d 🥳

♬ original sound – Haery | EmployeeOfTheYear – Haery | EmployeeOfTheYear

Perkongsian ini telah pun merekodkan lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :

” Tokti bercakap dengan pekerja mcm cakap dengan family lembut je. Ctdk nyanyikan lgu birthday kau dik.klu akak tu, akak cdkan lgu ni.bg anak cucu tgk.. ”

” Tokti nyanyi lagu birthday weyhh… kau nak apa lagi.. kalau aku pengsan dah dekat situ.. bestnya sambut birthday + berbuka dgn ladyboss.. ”

” Whoaaaaaa tokti nyanyi tuuuuu… kalau sy pengsan da kt situ.. masalahnye tokti bercakap pun dah mcm nyanyi. dasyat tuuu.. ”

” Kalau ni bos aku.. Mmg semangat buat kerja. Buat kerja seikhlas Hati. Bestnya jadi staff CTDK Holding.. ”

” Cakap macam tu pun dah sedap alahaiiii.. Comel je tokti.. Untung nya kau dek, Dato Sri Siti siap nyanyi siap mendoakan.. ”

” Baru 21 dah kerja dgn toktiii, arghhhhhh jeles.. Pernah dgr izara kata kot , mak iti klu bab keje dia sgt tegas dan serius. Tapi seorang yg boleh gurau klu di luar keje.. ”

” I would be blushing teruk ya kalau tokti nyanyikan lagu birthday mcm tu. ok jumpa nanti bukak puasa, masa tu jugak aku cancel terus segala tmujanji.. ”

” Bestnyee keje dengan tokti. dapat boss sweet macam tokti.. beruntung korang.. Wish paling mahal wey depan2 muka.. Nyanyi birthday gitu pn da rse special.. ”

Klik gambar untuk info..

Untung lah dik dapat nyanyi lagu happy birthday daripada penyanyi kesayangan ramai ni. Bukan semua orang berpeluang dapat wish seperti ini. Bukan setakat wish, ladyboss ajak berbuka puasa lagi tu. Arghh sungguh ramai yang cemburu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Haery_dean

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT