Connect with us

Artis / Selebriti

” Tokram memang ada kelas tersendiri. Cantik tengok, pandai dia pilih untuk Datin Alyah.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Ramli MS Membeli Baju Untuk Isterinya, Datin Alyah Di Dubai Raih Pujian Warganet. Wah Sekali Roy, Dato’ Jalaluddin Dan Jatt Pun Terpegun Tengok Pilihan Tok Ram Untuk Datin Alyah, Cantik Betul !!

Meninjau di akaun Intagram milik Roy Azman telah dikongsikan satu video sedutan rancangan yang disertainya iaitu Travel Lawak Projek Bapak Bapak ketika penggambaran di Dubai. Turut ada serta ada adalah, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Jat Ali.

Menerusi video itu, mereka diminta untuk membeli buah tangan untuk isteri-isteri masing-masing. Di akaun TikTok Sooka Malaysia turut berkongsi video yang memaparkan Dato’ Ramli atau mesra dengan panggilan Tok Ram sudah membeli buah tangan untuk isterinya, Datin Alyah.

Kelihatan Tok Ram memilih untuk membeli dua helai abaya kepada Datin Alyah dan Tok Ram berkongsi jenis kain tersebut kepada Roy, Dato’ Jalal serta Jatt. Kata Tok Ram, satu kain yang belum siap itu dia sangat menyukainya. Rakan-rakan lain turut berseloroh bertanya kepada Tok Ram berapa harga kain tersebut.

Namun begitu, Tok Ram tidak mahu memberitahu harganya dan sempat Tok Ram menyakat Dato’ Jalal mengatakan baju yang dibeli oleh Dato’ Jalal tidak cantik kerana tidak mempunyai corak. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet serta menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

 

@sookamalaysia

#TokRam sweet jugak eh rupanya. #TokJalal pergi beli bottle perfume kosong pulak 🀣🀣🀣Lawaklah korang kena tengok #ProjekBapakBapak malam ni dekat #sookamalaysia dorang dah travel dekat Dubai pulak #Komedi #Lawak #fyp #Travellog #DatinAlyah

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tokram memang ada kelas tersendiri. Cantik tengok, pandai dia pilih untuk Datin Alyah.. Mesti Datin Alyah suka baju tu.. “

” Sekrang kita dh faham kenapa Nabil suka sakat Tokram rupanya Tokram sama naik ja dgn Nabil haha.. Btw projek bapak2 memang terbaik, tak kering gusi tngok setiap episod.. “

” Lelaki muka serius ni nmpk jer serius sebenornyer kelakar tau.. Dalam hati ada taman.. Cantik pilihan Tok Ram untuk isteri.. “

” Suami terbaik… Pergi mana2 pun isteri tetap dalam ingatan.. Nampak Tok Ram tahu style Alyah macam mana.. Good job lah Tok Ram.. “

” Jarang-jarang suami pandai pilih kain untuk wife.. Tapi kali ini aku setuju pilihan Tok Ram.. Nampak cantik sangat abaya tu.. “

” Tak lama lepastu Tok Jalal g beli yang lain plk.. Cte feveret anak sy ni dr dl smp skg.. Best sangat rancangan ini, penat ketawa, haha.. “

” Pandai tokram pilih. Aku yang ppuan pon tak reti nk pilih. Travel projek bapak-bapak ni memang best sangat.. Antara rancangan kegemaran sy sekarang.. “

Mesti Datin Alyah suka hadiah yang dibeli oleh Tok Ram ini. Bak komen warganet, Tok Ram sebenarnya seorang yang romantik dan tahu citarasa isteri tersayang. Bukan itu sahaja, mereka juga mengatakan Tok Ram mempunyai kelas yang tersendiri ketika melihat cara Tok Ram berkongsi cerita mengenai material kain yang dibelinya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG thisisroyazman, TikTok sookamalaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT