Artis / Selebriti
” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
Video ucapan anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean memuji YB Syed Saddiq curi perhatian warganet. Wah Ayden, bercakap macam Daddy Saddiq. Part last, pesanan Ayden dan Ara untuk YB Saddiq dan Bella tu touching dengar..
Ikatan pertunangan telah pun dimeterai dan pasangan sensasi, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq kini menghitung hari untuk hari bahagia mereka. Banyak kelainan yang disajikan oleh pasangan BASS ini ketika majlis pertunangan mereka kepada umum yang disiarkan secara live oleh Astro.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Meletop, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan anak-anak Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna untuk YB Saddiq. Sebagaimana yang ditegaskan oleh YB Saddiq menerusi ucapannya, beliau mencintai Bella tidak hanya kerana diri Bella tetapi juga kerana Ayden dan Ara.
Ayden dan Ara sangat istimewa di hati dan kehidupan YB Saddiq. Oleh kerana itu, pertunangan ini tidak hanya meraikan Bella dan YB Saddiq tetapi juga 2 permata hatinya ini. Ianya dapat dilihat dari hantaran yang YB Saddiq sediakan untuk Bella, Ayden dan Ara.

Menerusi ucapan Ayden, anak kecil ini mengatakan YB Saddiq sangat serupa perangai dengan dirinya. Ayden juga memberikan satu pujian yang melangit untuk YB Saddiq. Betapa sayangnya Ayden dan Ara terhadap YB Saddiq. Ucapan akhir Ayden menyentuh hati ramai pencinta BASS yang mengikuti BASS dari awal.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Omg daddy n mommy ..huaagggghhh sayu pulak dgr…semoga bahagia la keluarga tanpa hasad dengki manusia..aminnn.. “
” Sebak dgr Ayden panggil YBSS Daddy… Ya Allah kau permudahkan urusan mereka ke fasa seterus dan bahagia hingga ke jannah.. “
” “ Daddy & mommy” tak sangka dah sejauh ni ikut perjalanan BASS.. Daddy n mummy , we love u – terus berair Mata Aku daa.. wehh sebakkk.. apeni main jiwa betul.. “
” Allahuakbar. Ayden your voice is so lovely.. Ayden sangat bijak bercakap.. memang banyak persamaan dengan daddy Saddiq ni.. ayat ayden tu touching.. “
” Rasa Jatuh cinta tgok hubungan diaorg… semoga urusan yb & bA dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin & terus berbahagia sehingga akhir.. “
” YA allah…Ko restuilah mereka berdua. Berilah mereka kebahagiaan n jgn la ko palingkn hati n jiwa mereka berdua ke org lain..kekalkn mereka berdua hingga ke jannah..amin amin amin.. “
” Sukanya ayden ckp daddy and mommy we love you.. Allahuakbar, daddy saddiq hadir sebagai susuk seorang ayah yang selalu menyokong Ayden dan Ara.. semoga berbahagia selalu BASS dan anak-anak.. “
Ucapan dan pujian yang ikhlas daripada hati Ayden untuk Daddy Saddiq nya ini. Masa depan Ayden dan Ara menjadi keutamaan YB Saddiq. Semoga perjalanan Bella dan YB Saddiq untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan. Tak sabar warganet hendak melihat mereka bersama-sama sebagai satu keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen

