Artis / Selebriti
” Terharunya tengok video ini, patutlah Tokti berjaya.. ” – Komen Netizen

Video perkara yang Dato’ Siti Nurhaliza lakukan setiap kali sebelum memulakan konsertnya menyentuh hati ramai. Patut lah Tokti berjaya, ini rupa-rupanya salah satu sebab utamanya..
Siapa sangka, anak gadis yang berasal dari kampung akan diangkat sebagai biduanita negara. Siti Nurhaliza nama yang sering disebut-sebut sejak awal kemunculannya dalam industri. Walaupun bergelar Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak mengubah sikap dan personaliti bintang kesayangan ramai ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Zoner, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sikap DS Siti setiap kali ingin menyanyi di konsertnya. Tidak pernah sekali pun DS Siti terlupa untuk menelefon ibunya, Mak Salmah dan ianya sudah menjadi kewajipan untuknya.
Menerusi video ini dapat didengar DS Siti meminta Mak Salmah mendoakannya. Ayat itu yang akan diulang-ulang oleh DS Siti setiap kali ingin memulakan konsert. Kata DS Siti, doa Mak Salmah adalah doa paling besar untuk dirinya. Tidak hairan lah mengapa DS Siti boleh berjaya seperti sekarang kerana selalu mengutamakan ibu.
DS Siti memberikan contoh yang terbaik dan boleh dijadikan inspirasi untuk semua. Walau setinggi mana pun kedudukan kita, ibu tetap insan yang paling teratas. Selagi masih ada ibu, pohonlah doanya kerana doa seorang ibu tiada hijab. Beruntung Mak Salmah ada anak solehah seperti DS Siti.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sitizoner
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 48 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terharunya tngok video ini…. patutlah siti berjaya…. dia utamakan ibunya dalam setiap apa yang dia nak buat.. “
” Lain suara toktie bile cakap dgn mak dia. mcm ank2 kecil yg mengharapkan doa dr mak dia. tp tu lh yg toktie buat.. “
” Rahsia kekayaan, kejayaan beliau dari dulu sehingga skarg.. DOA IBU.. kt paham kenapa dia berjaya sampai ke hari ini.. “
” Itu lah Siti Nurhaliza, mak diutamakan.. terbaik tokti.. lps ni sy akn belajar macam tokti di ats sntsa menyantuni ibu.. “
” Setinggi mana pun berada, tetap mintak doa mak.. terbaik tokti buat kita yang tengok menangis.. itu lah kunci kejayaan tokti.. “
” Kejayaan Siti, adalah daripada berkat doa ibunya Mak Salmah… Ini janji Allah bila Ibu diutamakan… Proud of Siti, walaupun dah berjaya tetap minta doa & berkat ibunya.. “
” Sebak pulak dengar.. se gahnya anak tanpa doa seorang ibu.. the power of doa mak.. kerana doa seorang ibu lah anaknye berjaya. restu ibu adalah selamanya.. “
Terharu semua dengan akhlak yang DS Siti tunjukkan ini. Adakalanya anak sering terlupa restu seorang ibu itu adalah kunci kepada kejayaan. Semoga kita semua dapat menjadikan amalan DS Siti ini sebagai amalan kita juga. Sayangi dan santuni ibu selagi ibu masih ada.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Zoner, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar