Artis / Selebriti
” Tengok muka Bell, aku kejap nangis, kejap ketawa. Orang baik ramai yang sayang.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Bell Ngasri yang terharu dengan tindakan orang Singapura yang datang melihat shownya. Manalah Bell tak menangis, sampai penuh poket Bell, untung betul Barkoba..
Bell Ngasri adalah nama pelakon dan pelawak yang cukup popular, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di negara jiran, Singapura. Bell yang berkebolehan melawak secara spontan ini disukai dan disayangi oleh ramai peminat, baik yang muda, mahu pun yang sudah berusia.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Bell selesai membuat satu show di Singapura. Show ini dipengacarakan oleh pelakon, Azlee Khairi. Seperti kebiasaannya, pasti akan ada sesi beramah mesra dan bergambar antara Bell dan penonton yang hadir.
Satu hal yang Bell terkedu pada waktu itu apabila ramai yang menghulurkan wang Singapore Dollar untuknya. Bukan seorang dua tetapi ramai yang memasukkan duit ke dalam poket Bell. Suasana yang cukup membuatkan Bell terharu dan ianya cara penonton Singapura menghargai Bell.
Kata Bell, kejadian ini dalam sejarah kerana tidak pernah terjadi sepanjang Bell membuat show. Pemurah sungguh orang Singapura dan berjaya mereka menumpahkan air mata jantan Bell. Azlee pula membawa dan menadah sebuah beg untuk mengisi wang yang dihadiahkan kepada Bell itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Rezeki tak salah alamat Bell.. Apahal lagu latar lebih buat rasa makin kesian kat Barkoba ni alahai.. “
” Ini lah dinamakan penghargaan.. mereka terhibur, mereka rasa elok memberi sikit.. kongsi-kongsi la dengan masyarakat.. “
” Lagu ni sedih.. tapi tengok muka bell aku kejap nangis kejap ketawa.. dah suami kata aku buang tabiat.. “
” Betul popular ni show blom abis da dpt payment.. mantap lah bell. Orang Singapore orang yang baik2 Dan pemurah Alhamdulilah Aamin rezeki tu… nanti balik rumah or fmdalam kapalterbang bole kira duit2 tu hahaha.. “
” Org singapore punya cara mcm tu biarpun dorang tak kaya dorang sentiasa ada hati utk memberi.. “
” Comel Bell kena kerumun dgn makcik2 quarters spore.. yg penting bukan kosong2 selit tu.. rezeki kau Bell dorang tgk kau mcm budak comot & artist pelawak fav depah2 tu yg dihulur nya duit.. “
” Allah, rezeki Bell sebab buat orang happy. .tgk muka bell rasa sayang mcm kita bg duit raya kat budak-budak.. “
Rezeki Bell, Singapore Dollar jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia berganda-ganda jumlahnya. Orang baik memang ramai yang sayang. Semoga Bell terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menghiburkan serta menceriakan semua orang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin