Artis / Selebriti
” Tengku Muhammad automatik behave bila depan bakal isteri.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat YAM Tengku Muhammad Ketika Berada Di Hadapan Bakal Isteri, Tengku Natasya Dan Bakal Bapa Mertuanya, Tengku Adnan Buat Ramai Terhibur. Alahai Bakal Pengantin Ni, Terus Jadi Sopan. Punya Lah Berdebar Sampai Terlanggar Pintu, Hehe !!
Sebagaimana yang diumumkan oleh Permaisuri Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah sebelum ini, selepas YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan, seorang lagi anakandanya bakal berkahwin iaitu YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad.
Bakal isteri Tengku Muhammad adalah anak kepada Tengku Adnan Tengku Mansor yang bernama Tengku Natasya. Ketika berlangsungnya Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Afzan, kelibat Tengku Natasya dan kedua ibu bapanya juga turut kelihatan di Istana Pahang.
Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok Missvanilla_so, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Tengku Muhammad ketika menyambut kedatangan bakal isteri dan bapa mertuanya itu. Semua orang tahu Tengku Muhammad seorang yang ceria dan selalu membuat jenaka tetapi kali ini perwatakannya berbeza.

Pandai Tengku Muhammad mengawal dirinya dan menjadi seorang yang serius. Tengku Ahmad yang berada di situ memerhati sahaja telatah kekandanya. Mungkin berdebar bertemu bakal mertua, tak semena-mena Tengku Muhammad terlanggar pintu dan mengena sikunya. Tengku Muhammad sempat bertentangan mata dengan Tengku Natasya pada ketika itu.
Jom tonton video di bawah :
@missvanilla_so Replying to @user4984638700367 arggh so sweet ya last nite😆🫶🏻🤍✨ tengkuarifbendahara tengkunatasya tabtasya tabtna pahangroyalwedding2024 . 🎥beritaRTMLive
Sehingga kini, lebih 14 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tengku Muhammad automatik behave bila depan bakal isteri. Kalau tak , dia lah yang terpaling masuk air dan tak reti duduk diam, haha.. ”
” Tengku muhammad jangan langgar pintu haha.. tengok la calon wife tu.. punya gelabah sampai terlanggar pintu.. ”
” Nampak macam lengan belah sane yg langgar pintu, tp gosok lengan belah yg x kene pape.. ke salah.. macam cerita p.ramlee lah haha.. ”
” Cantik Natasha ni, bila dia senyum nampak manis.. Behave ye Tengku Muhammad bila ada bakal bapa mertua hehe. hilang terus nakal dia.. ”
” Kita pulak yang blushing haha.. berseri bakal pengantin diraja ni. tak sabar nk tunggu royal wedding bulan 10 nanti.. ”
” Tengok ni tak terasa keluar air mata.. sweetnya sampai ke hati.. kita lak blushing min hehe.. Cantik tengku natasya .. Tengku Muhammad pun handsome.. sepadan sangat.. ”
” Sweetnya sampai terlanggar pintu, sakit gosok sendiri heheh.. Boleh pulak terlanggar pintu hehe.. Petanda kena cepat kahwin tu Tengku Muhammad.. ”
” Cantiknya Tengku Natasha, eksotik wajahnya memang lawa.. memang sepadan lah dengan Tengku Muhammad.. kena serius depan bakal pak mertua haha.. ”
Sekelip mata bertukar perwatakan Tengku Muhammad ini. Apabila berhadapan dengan bakal bapa mertua, terus berubah serius. Apa-apa pun, ramai yang tak sabar menanti perkahwinan diraja antara Tengku Muhammad dan Tengku Natasha nanti. Semoga segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Missvanilla_so
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen

