Artis / Selebriti
” Tak sangka saya.. ” – Ustaz Tarmizi

Video Mimi Fly mengaji secara live di rancangan Geng Ngaji raih pujian ramai. Wah hebatnya Mimi, secukup rasa makhraj dan taranumnya itu. Ustaz dan Ustazah pun terkejut dan terpegun dengar..Β
Banyak rancangan keagamaan yang ditayangkan di kaca TV sempena Ramadhan ini dan salah satu yang ramai penontonnya adalah rancangan Geng Mengaji yang kini sudahpun musim ke 6. Ramai selebriti yang diundang sebagai tetamu untuk memperdengarkan bacaan suci Al-quran.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Tazkirah Malam Jumaat dan My Salam Muslim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelantun lagu Serumpun, Mimi Fly mengaji. Menerusi kaedah video call, Mimi memperdengarkan bacaannya kepada semua.
Sebelum bermula, Mimi mengatakan bacaannya tak seindah bacaan Ustaz Tarmizi di studio. Ketika Mimi mula mengaji, semua seakan terpegun mendengar suara Mimi. Ramai yang tidak menyangka bacaan Mimi semerdu dan sehebat ini.
Sempurna makhrajnya, taranum Mimi juga mengasyikkan semua penonton. Ini yang dikatakan jangan menilai seseorang daripada luarannya sahaja. Walaupun imej Mimi agak seksi tetapi bab mengaji Mimi memang terbaik. Cantik sungghu apabila Mimi bertudung sebegitu, sejuk mata memandang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mimi fly sama macam Zizi Kirana multitalented dalam pelbagai genre dan ruang irama.. Dua2 mmg suara padu. Bila taranum perghhh mantap memang layan.. “
” Allahuβ¦ merdunya. Sampai ke dalam jiwa. Syabas mimiflyyy.. the power in you Mimi Fly.. MasyaAllah sebutan makhraj, panjang pendek harakatnya.. Subhanallah , sedap bacaannya.. “
” SubhanAllah β¦ sbb tu kita jgn judge org dari penampilan. Love U mimi. Hidayah tu milik Allah, moga beliau lebih baik dari kita semua.. inn shaa Allah.. “
” Ini yg kita katanya “Don’t judge book by is cover”.. MasyaAllah… ni vibes yg best. Bole menyanyi. Mengaji lagiklah hebat. Kelebihan yg indah Allah swt kurniakan. Allahuakbar.. “
” I’m crying.. semoga aku dpt peluang mengaji begini sebelum aku tutup mata. mimiflyyy salute. Just teringat zizi kirana.. “
” Alhamdulillah, boleh Geng dengan Zizi kirana.. moga Mimi mendapat hidayah Allah dan istiqamah.. “
” MasyaAllah… sedapnya bacaan Mimi nie… sebutan makhraj ha pedas dia tu… sedap didgr. Panjang pendek harakat pon same.. terbaik Mimi.. “
” Sedapnya alunan, bacaan makhraj kak mimi.. terpegun ustazah dengan ustaz dengar suara kak mimi.. kita lagi lah melopong.. “
Siapa sangka Mimi boleh bertaranum sehebat ini. Terpegun semua orang mendengar alunan suara Mimi yang menusuk ke hati itu. Bukan hanya hebat di pentas nyanyian tetapi juga hebat mengaji Al-Quran. Semoga perkongsian ini akan memberikan inspirasi dan contoh kepada semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tazkirah Malam Jumaat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen