Artis / Selebriti
” MashaAllah, sedapnya bacaan Aisha, menusuk ke hati. Saya pun ikut menangis.. ” – Komen Netizen
Video Aisha Retno mengaji surah Al-Qadr bersama Geng Mengaji buat ramai tersentuh. Lunak dan merdu sungguh suara Aisha. Sampai menangis Aisha dek kerana mendalami maksud surah itu. Touching sangat..
Aisha Retno nama yang dikenali ramai kerana bakatnya menyanyi dan mencipta lagu. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Aisha dijemput oleh Geng Mengaji di program Tazkirah Malam Jumaat untuk sama-sama mengaji secara live.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Aisharett, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan Aisha mengalunkan bacaan kitab suci Al-Quran. Aisha diminta untuk membacakan surah Al-Qadr. Surah ini menceritakan mengenai Lailatul Qadar yang diterangkan dalam surah ke 97 Al-Quran.
Surah Al-qadr mengandungi 5 ayat ini menerangkan keagungan dan kemuliaan malam Lailatul Qadar yang lebih bernilai dari seribu bulan. Bacaan Aisha yang lunak dan merdu itu membuatkan warganet merasa terbuai. Aisha terhenti bacaannya dan cuba menahan sebak di hati.

Selepas menyambung bacaan tersebut sehingga selesai, host bertanyakan kepada Aisha mengapa Aisha tersentuh hati membaca surah tersebut. Rupanya sebelum sampai ke studio, Aisha membaca tafsiran surah itu dan itu yang membuatkannya menangis.
Jom tonton video di bawah :
@aisharett Surah Al-qadr and its own powerful meaning behind it❤️Terima kasih sudi jemput aisha @tazkirahmalamjumaat
Rata-rata netizen tersentuh menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Bila kite faham maknanya, mudah untuk menghayatinya. Mudah mengalirkan air mata.. bagus aisha, dia balance antara menyanyi dan mengaji.. bacaan yang penuh penghayatan sampai kita pun terdetik rasa sayu di hati.. “
” MashaAllah.. Sedapnya bacaan aisha, menusuk ke hati. saya pun ikut nangis.. aisyah bljr mngaji di mana ya bagus tjwid nya.. “
” MasyAllah, bukan sedap je suaranya.. makhraj pon bagus juga. Nyanyi sedap mengaji sedap, alhamdulillah.. teruskan mengaji tau.. “
” Saya sendiri byk dosa hmpr 6tahun tak sentuh al quran,tak mengaji,, tgk kamu mcm ni,, ya Allah kecik sgt hamba mu ini.. “
” Sebutan makraj dan tajwidnya sangat baik. MasyaAllah Nyanyi sedap mengaji pn sedap .. balance aisha nii.merfu alunan ayat-ayat dia baca.. byk klebihan budak ni.. “
” Allah maha berkasih sayang , dia menyatuni hamba2nya dengan ayat2 nya sehingga boleh meluluhkan hati kita , jika kita betul2 faham kita memang akan rasa ape yang Allah nak sampaikan pada ketika setiap bait2 ayat ,, saya doakan awak diberikan taufik dan hidayah awak seorang yg baik semoga Allah sentiasa memberi rahmat pada Allah.. “
” Selain dia blh nyanyi, dia juga blh mengaji.. terharu dgr.. memang ayat2 Al Quran kalau dilantun wlu tk faham… tp menusuk kalbu…. semoga Aisha diberkati dan dipelihara Allah.. “
Bacaan yang cukup merdu dan menyentuh kalbu pendengar. Aisha contoh terbaik yang mana tidak hanya pandai menyanyi tetapi juga boleh mengaji. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki, namun Aisha berani untuk mengaji secara live begini. Penghayatan Aisha paling sempurna dan semoga Aisha diberkati Allah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aisha Retno, Tiktok Tazkirahmalamjumaat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

