Artis / Selebriti
” Tak sangka rosak dah Fattah ni, mengekek tengok. Kui kui kui, ikan koi ke Bamtah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin membuat trend Thank You Ketayki buat warganet terhibur. Apabila Pendekar Awang bertukar jadi pak lawak, begini lah jadinya. Part kui, kui, kui tu paling kelakar. Dah macam panggil ikan pun ada, haha..
Trend Thank You Ketayki antara trend yang popular di Tiktok pada ketika ini. Ramai selebriti yang membuat parodi trend ini antaranya Zul Ariffin dan terbaru oleh duda hangat di pasaran, Fattah Amin. Trend ini dicetuskan oleh seorang usahawan terkenal Thailand bernama Aon.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inayah Beauty , telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Fattah. Ini salah satu iklan untuk mempromosikan suplemen kesihatan yang mencuit hati ramai. Fattah sememangnya pelakon yang berbakat besar dan boleh membawakan semua watak dengan baik.
Siapa sangka, pelakon yang pernah digelarkan kayu ini juga boleh membawakan watak komedi. Ramai di kalangan warganet yang memuji lakonan Fattah itu dan mengatakan Fattah semakin kelakar. Ayat ‘Thank you ketayki kui kui kui’ yang dituturkan oleh Fattah membuatkan ramai terhibur. Apabila Pendekar Awang berubah menjadi pak lawak, boleh terbahak ketawa semuanya.
Rezeki Fattah, saban hari ada sahaja yang ‘meminangnya’ sebagai duta produk. Baik produk makanan, telekung, kesihatan, skincare dan banyak lagi yang bakal menampilkan Fattah sebagai muka depan produk mereka. Semakin laris dan menjadi sebutan ramai nama Fattah, Allah perluaskan pintu rezeki Fattah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Terbaik lah Fattah.. terserlah bakat dia lepas jadi duda haha. menyala weh duda hot ni.. mengekek tengok video ni.. “
” Haha tak sangka rosak dah Fattah ni.. Adoi la, pak lawak rupanya eh.. wish thank you versi baru ka ni haha.. thank you ketayki kuikui pon bolehhhh haha.. “
” Fattah masuk air 10 gelen.. by the way good to see you back.. Comel sangat Fattah, lucu kui kui kui haha.. “
” Haha aku tampo jugak Fattah ni kang.. Rosak dah haha. koi koi koi ikan koi ke bamtah haha.. makin lama makin lawak fattah.. “
” Rasa nak lempang pun ye haha.. berdekah aku tengok, rosak Fattah. Mcmmne dye boleh xketawa ehh mse ckp tu… haha aku tgk pun dh gelak.. “
” Fattah dah terjebak.. Kui Kui Kui versi dia.. Susah dah aku rase nak repair abam fattah nehhh haha.. geram eyhhh.. “
” Kui kui kui, haha bamtah pandai melawak.. adui sakit perut aku la.. lama dah fattah tak expose macam ni.. “
Lain macam Ketayki versi Fattah, kui kui kui pun boleh lah Fattah. Behind the scenes tentu terbahak semua ketawa melihat Fattah. Apa-apa pun, semoga Fattah terus melangkah maju dan dipermudahkan segala urusannya serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inayah Beauty Trading
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen