Artis / Selebriti
” Kecewa dengan tindakan Fattah Amin.. ” – Pak Mat Western

Hubungi Fattah Amin untuk membayar komisyen jualan, perkongsian paparan perbualan Whatsapp antara pihak Pak Mat Western dengan Fattah raih perhatian ramai. Serius lah Fattah, terkejut Pak Mat dengan permintaan Fattah tu..
Baru-baru ini, Pak Mat Western telah pun berkolaborasi bersama pelakon hangat masa kini, Fattah Amin dengan membuat live bersama menjual produk kambing perap. Rezeki Fattah, sesi live tersebut mendapat sambutan hangat dan ribuan paket produk makanan berasaskan kambing itu berjaya dijual.
Meninjau entry terbaru di akaun TikTok Pakmatwestern, telah dikongsikan satu paparan perbualan WhatsApp antara pihak Pak Mat Western bersama Fattah. Pihak Pak Mat memaklumkan Fattah berkenaan jumlah komisen yang berjaya diraih oleh Fattah hasil jualannya.
Ketika diminta untuk mendapatkan maklumat akaun Fattah untuk urusan kemasukan wang, Fattah memberikan respon yang mengejutkan pihak Pak Mat. Di ruangan kapsyen, pihak Pak Mat menulis ‘kecewa dengan tindakan Fattah Amin’ kerana tidak menerima duit komiseyn tersebut, namun sebenarnya mereka berbangga dengan insan bernama Fattah Amin ini.
Fattah punya pendirian yang teguh mengenai rezeki yang telah ditakdirkan. Bukan sedikit jumlah yang diperolehi oleh Fattah dan ia mencecah 5 angka. Tindakan Fattah ini disifatkan oleh Pak Mat satu contoh yang baik dan boleh menjadi inspirasi untuk semua orang.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 80 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Insan yang baik.. Semoga Tuhan selalu memberi rezeki yang melimpah ruah lagi buat Fattah Amin.. “
” Sebab dia tengah susah hati.. dia tahu istigfar dan sedekah adalah jalan keluar bagi hati yang sedang resah, sedih dan gelisah.. “
” Aku cuba mencalonkan diri untuk Fattah Amin, tapi dia baik sangat doh.. tak sesuai dengan aku. satu dalam sejuta Fattah ni.. “
” Dah la sedang diuji, bersedekah pulak tu.. Memang terbaik lah Fattah Amin.. masih fikir tentang orang lain.. “
” 5 digit pangkal 9 atau 8, masya Allah tabarakallah.. Allahu Fattah baiknya.. semoga saya macam dia jugak satu hari nanti.. “
” Dalam live fattah ada kata tolong support.. kalau banyak sale ada la rezeki dia. and yes akhirnya atas usaha dia berjaya jugak.. rupanya hasil tu dia tak ambil tapi dia suruh infaqkan.. terbaik Fattah.. “
” Alhamdulillah first live komisen 5 angka.. semoga melimpah ruah lagi rezeki fattah insha Allah.. salute sangat dengan Fattah ni.. “
Alhamdulillah Fattah seorang yang baik hati dan memikirkan untuk berkongsi rezekinya itu dengan insan lain yang lebih memerlukan. Pintu rezeki untuk Fattah akan sentiasa terbuka luas dan dibalas dengan 1000 kebaikan. Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan Fattah dalam mencari rezeki.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok & IG Pakmatwestern, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mama YB senyum je perhati gelagat anak menantu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sorry Qadejah, memang tergelak dengar. Ni betul-betul Dato’ Aliff versi perempuan, haha.. ” – Komen Netizen