Artis / Selebriti
” Tak sabarnya ibu nak makan sayang. Wah cantik lah, jadi lah pancake Aafiyah.. ” – DS Siti Nurhaliza
Video anak sulung Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah memasak pancake untuk Dato’ Siti dan Dato’ Khalid curi perhatian warganet. Wah hebatnya Aafiyah, kecil-kecil lagi dah pandai masak. Ibu dan ayah pun puji sedap..
Anak sulung kepada biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah menjadi perhatian ramai sejak usianya masih bayi. Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 bakal menginjak usia 8 tahun pada bulan Mac akan datang. Aafiyah membesar dengan sihat dan bijak.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sitiacaevto, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aafiyah memasak pancake khas untuk DS Siti dan DS Khalid. Aafiyah menggunakan peralatan memasak serba merah jambu dan dibantu oleh pengasuhnya.
Melihat gaya Aafiyah memasak membuatkan warganet teruja. Ramai yang memuji Aafiyah kerana sejak kecil sudah minat untuk memasak. Aafiyah tidak kelihatan kekok dan begitu teruja menyiapkan pancake tersebut. Pancake Afiyah itu turut dihiasi dengan buah-buahan segar.

Selesai memasak, Aafiyah memberikan sekeping pancake untuk DS Siti dan sekeping lagi untuk DS Khalid. Teruja DS Khalid merasai air tangan anak perempuannya itu dan memuji masakan Aafiyah sedap. Seronok warganet melihat wajah gembira Aafiyah apabila dipuji oleh ibu dan ayah itu.
Jom tonton video di bawah :
@sitiaxaevto ❤️❤️ #foryoupage #foryou #fypシ #fyp #ctdk
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pandai dan rajinnya Aafiyah ni.. Steady lah Aafiyah, dah boleh masak untuk ibu dan ayah.. kecik kecik dah rajin masuk dapur.. “
” Dia main masak-masak real weyyy… saya dulu main masak-masak guna tin milo bawah rumah jer.. dulu betul betul main pondok pondok memasak.. advance lah Aafiyah.. “
” Haii adik Aafiyah.. pandai masak pancake untuk ibu tersayang.. kita dulu main masak masak guna tanah je.. “
” Alaa suara ibu pun, bercakap mendayu dayu.. teringat masa kecik 2 dulu main masak guna daun pokok kopi.. bawak rumah.. bagus didik dari kecil.. “
” Alhamdulillah aafiyah dah pandai masak pancake.. comel je Aafiyah siapkan untuk ibu dan ayah tu.. anak solehah ibu..
” Aafiyah dah pandai memasak.. dah lah comel, pandai masak pulak tu.. rajin Afiyah buat pancake utk Ibu n Ayah.. “
” Bagusnya Aafiyah, kecil lagi dah rajin memasak. Siap buatkan pancake special untuk ibu dan ayah.. tengok pun sedap tu.. “
Warganet kagum melihat gaya Aafiyah memasak pancake untuk ibu dan ayahnya itu. Bagusnya Aafiyah, dari kecil lagi sudah dibiasakan memasak, baru lah besar nanti tidak kekok berada di dapur. Semoga Aafiyah menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sitiaxaevto
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

