Artis / Selebriti
” Tak lain tak bukan mesti Husin lah ni. Awie takdenya macam ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Dato’ Awie bermain sukaneka di sambutan ulangtahun ke 10 WMGS Kedah buat ramai terhibur. Muka happy Awie main tarik upih tu memang lawak. Berdekah gelak tengok perangai masuk air Awie tu..
Sempena sambutan ulangtahun ke 10 Wings Motor Gang Society ( WMGS ), Dato’ Awie dan ahli kelab permotoran ini berkumpul di Kedah pada 25 Julai sehingga 27 Julai 2025. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh mereka sepanjang berada di sana.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Zaini Jins, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Dato’ Awie bermain sukaneka rakyat bersama ahli kelab. Antara permainan yang mereka mainkan adalah pertandingan tarik upih kelapa dan bola takraw.
Menerusi video ini, gelagat Dato’ Awie yang begitu teruja ketika dirinya ditarik menggunakan upih kelapa oleh salah seorang ahli pasukan menghiburkan warganet. Ramai yang teringatkan lakonan Dato’ Awie dalam filem Hantu Kak Limah dan wataknya ketika itu sebagai Husin sememangnya berperangai gila-gila seperti ini.

Warganet juga mengusik mengatakan itu adalah Husin dan bukannya Dato’ Awie. Turut dipaparkan aksi Dato’ Awie bermain timbang bola takraw yang turut mencuit hati ramai. Anak terunanya, Merrah berdekah ketawa melihat aksi ayahnya yang sporting bermain bersama-sama.
Jom tonton video di bawah :
@zainijins 10th Anniversary WMGS di Kedah #wmgs #wingsmotorgangsociety #malaysia #awiewings #awie #awiealpamalo #fyp #foryoupage
♬ Funny Song – Funny Song Studio & Thomas Hewitt Jones & Sounds Reel
@zainijins Bapak & Anak Dato Awie & Merrah #awiealpamalo #awie #awiewings #wingsmotorgangsociety #wmgs #foryoupage #fyp #malaysia
♬ Funny Song – Funny Song Studio & Thomas Hewitt Jones & Sounds Reel
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yang tarik tu pun betul-betul serious nak menang .. punya laju dia tarik haha.. yang tarik macam ahli gusti, yang nak ditarik pun macam ahli gusti jugak.. “
” Tak lain tak bukan mesti husin lah ni. Awie takdenya macam ni haha.. tak disangkal lagi, husin husin.. yang pelik pelik je husin ni.. “
” HUSIN tu… bukan AWIE... HUSIN jer mcm sewel sikit.. kalau AWIE serious.. kikikikiki.. kalau awie dia dah baran ni haha.. “
” Ko dah balik Sen haha.. ni husin ni, awie bukan macam ni.. haha dan macam kanak kanak riang main tarik upih.. “
” Adui my idola, sempoi betul lah.. roh awie keluar, roh husin yang masuk haha.. hilang imej rock dato.. Peduli apa orang nak kata, janji lepas rindu kenangan zaman kanak-kanak.. Steady la Tok Wi.. “
” Kalau macam ni rupanya rasanya ni bukan Awie. Ni mesti husin. makin berusia makin jadi budak budak weh. sporting betul awie ni.. awie muka je ganas, hati ada taman.. “
” Watak kanak-kanak terperangkap dalam badan lelaki dewasa.. yeayyyy Usin menang berpeluh Eddy naghik upih tu.. “
Hilang terus muka garang dan serius Awie apabila bermain sukaneka seperti ini. Confirm ini Husin bukan Awie, perangai gila-gila tu menghiburkan warganet. Semoga Dato’ Awie terus gembira dan bahagia bersama keluarga dan orang-orang tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zainijins
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

