Artis / Selebriti
” Suka tengok kemesraan Sharnaaz dengan semua keluarga Nabila ni.. ” – Netizen
Video Sharnaaz Ahmad Menghantar Anaknya, Jebat Jayden Dan Ahli Keluarga Noornabila Di Lapangan Terbang Untuk Menunaikan Umrah Raih Perhatian Warganet. Seronok Tengok Kemesraan Sharnaaz Dengan Family Nabila, Salute Lah !!
Pada waktu ini, Noornabila bersama anaknya, Jebat Jayden dan ahli keluarga yang lain sedang dalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah. Beberapa jam yang lalu, Sharnaaz ada berkongsikan gambar ketika bersama Nabila dan Jebat sebelum bertolak ke lapangan terbang.
Meninjau entry di akaun Instagram Lofa.world ( kelab peminat Neelofa ), telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sharnaaz bersama ahli keluarga Noornabila ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sebelum ini pengikut di Instagram Sharnaaz dan Noornabila biasanya hanya dapat menonton video Sharnaaz bersama Jebat dan Noornabila sahaja. Kali ini, dapat dilihat Sharnaaz cukup mesra bersama seluruh keluarga bekas isterinya itu.

Bergambar bersama ayah dan adik Noornabila iaitu Datuk Abdul Halim Khan dan Ameera Khan, ternyata hubungan mereka tetap baik walaupun Sharnaaz bukan lagi bergelar menantu. Dapat dilihat ayah Noornabila memegang bahu Sharnaaz.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan :
” Seronok tengok mamu di situ.. Semoga Allah permudahkan urusan Lofa dan seluruh family di sana.. “
” Moga Allah aturkan yang terbaik untuk semua. Sukanya tengok Sharnaaz yang setia menemani sampai semuanya selesai.. “
” Sharnaaz… Bagus Sharnaaz ni. very caring and responsible father. salute lah pada Sharnaaz ni.. “
” Sharnaaz ni memang bapa yang penyayang. Bagus sangat Sharnaaz, aku ulang banyak kali sebab nampak Sharnaaz.. “
” Sharnaaz ni tetap baik dengan ex wife sebab anak. Boleh angkat ibu jari la.. Selamat mengerjakan umrah untuk semua family Lofa. Moga beroleh umrah mabrur.. “
” Bagus sharnaaz very caring about his son jayden… boleh je pergi sekali. Suka tengok Nabila masih baik dengan Sharnaaz untuk Jebat.. “
” Wah Sharnaaz pun ada, suka tengok kemesraan Sharnaaz dengan semua keluarga nabila ni.. tengok dengan ayah nabila pun ok je.. “

Alhamdulillah, silaturahim tetap diteruskan dan semuanya mesra. Ramai yang salute dengan sikap penyayang dan bertanggungjawab Sharnaaz ni. Semoga suatu hari nanti, giliran Sharnaaz pula ke Tanah Suci bersama Jebat Jayden.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lofa.world
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

