Connect with us

Artis / Selebriti

” Suara emas, walau 5 tahun t1nggal bilik berita tapi tidak kek0k langsung.. ” – Netizen

Video Dan Gambar-Gambar Sekitar Kemunculan Istimewa DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Mencemar Duli Membaca Berita Di RTM. Wah Suara Yang Dirindui Ramai, Masih Berb1sa Dan Kuat Auranya. Daulat Tuanku !!

RTM sudah cukup sinonim dengan dunia penyiaran negara. Menyambut Hari Ulang Tahun RTM ke 75, pelbagai rancangan menarik bakal disajikan kepada para penonton setia stesen TV ini. Salah satu yang istimewa adalah kehadiran bekas penyampai berita, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Meninjau akaun Instagram Selangor Royal Official, telah dikongsikan gambar-gambar dan video ketika Permaisuri Norashikin di bilik Berita TV semalam. Meluangkan masa menyampaikan berita di slot Berita Perdana Khas jam 8 malam semalam, kemunculan Tengku Permaisuri Norashikin pastinya mengubati kerinduan netizen.

Kali terakhir Tengku Permaisuri Selangor ini menyampaikan berita adalah pada 31 Ogos 2016 dan setelah 5 tahun berlalu, aura dan kredibilitinya masih tidak berubah. Suara emas yang dimiliki Permaisuri Norashikin kedengaran fasih sebutannya dan lancar sahaja.

Untuk rekod, baginda permaisuri pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2005. Tengku Permaisuri Norashikin juga menurunkan tandatangannya di sekeping poster khas yang turut diletakkan gambar baginda.

Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan slot Berita Perdana semalam, kami kongsikan video di bawah :

Perkongsian ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Pujian juga diberikan netizen atas sifat mulia Tengku Permaisuri Norashikin dan antara komen-komen mereka :

” Cantiknya walau usia 50an… Dan walau 5 thn men1nggalkan bilik berita tapi tidak kek0k langsung. Masih mantap lagi gaya lengok penyampaian.. “

” Suara emas. lovenya Permaisuri baca berita. Junjung kasih Tuanku terubat rindu. wajah dan hati yang cantik. Sangat merendah diri dan sangat kagum dengan Permaisuri.. “

” Cantiknya sedap je suara baca berita, humble lagi walaupun sudah bergelar Permaisuri. suara merdu bila brkata kata muka pun ayu.. “

” Walaupon permaisuri, tetap low profile. Aura nya tetap mempesona. Suaranya tetap unggul, penyampaiannya still sama. Simple and elegant, suka tengok Permaisuri baca berita.. “

” Masih kekal dengan profesionalisme yang berbisa tapi tetap merendah diri walau bergelar Permaisuri…. Ular menyusur akar takkan hi1ang b1sanya… Daulat Tuanku.. “

” Dah jadi permaisuri,skill pembaca berita tetap mantain. ulang banyak kali video queen kite berucap…sumpah best and rindu sgt suara nie dalam tv.. “

” Rindunyer terubat jugak, Aura tu still superb. Mungkin seri0us… Tapi cunnnn… You looked so classy, Tuanku. Daulat Tuanku Permaisuri.. “

” Terbaik, maintain mantap bacaanya sudah sebati dgn diri. .Tetap profesional. Sedap dgr nada suara tuanku menyampaikn berita. Menjunjung kasih Tuanku.. “

Walaupun hanya 15 minit, sudah cukup membuatkan netizen gembira dengan penampilan khas ini. Permaisuri yang tetap berjiwa rakyat dan berbudi pekerti mulia. Semoga Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa berbahagia dan gembira selalu di samping insan tersayang. Selamat ulangtahun ke 75 RTM, terus maju jaya melangkah ke hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Selangor Royal Official , IG Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT