Connect with us

Artis / Selebriti

” Suara dan cara bercakap macam kartun di TV tu. Very fluent English, clever girl.. “

Video Aksi Perbualan Alif Satar Bersama Anaknya, Alisha Anugerah. Hebat Sungguh Slang Alisha Sampai Daddy Pun Terkedu. Sebijik Macam Anna Fr0zen !!

Kepetahannya mengacarakan rancangan dengan berhemah dan ceria membuatkan namanya sering mendapat pujian ramai. Digelar Ir0nman Malaysia, nama Alif Satar terus meningkat naik popularitinya. Alif yang mula berkecimpung di dalam arena seni di kala umurnya baru sahaja 16 tahun berjaya mendapat tempat ketiga dalam program realiti, One In A Million musim pertama.

Alif yang mempunyai suara yang sedap ini sudah pun muncul dengan tiga buah album bernama Nakal, Lelaki Seperti Aku dan Definisi. Menyingkap kehidupan peribadinya, Alif sudahpun mendirikan rumahtangga bersama pengurusnya sendiri bernama Sha Dila Halid . Hasil ikatan perkahwinan ini, Alif dikurniakan tiga orang cahayamata diberi nama Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.

Gelagat Alif yang sememangnya sering mengutamakan keluarga ini sering dikongsikan di akaun Instagramnya. Kemesraan dan layanan Alif terhadap isteri dan anak-anaknya itu sering menjadi inspirasi buat pasangan lain kerana sikap penyayang dan toleransinya itu.

Menerusi akaun Instagram, Shadila Halid telah berkongsikan satu video di mana beliau merakam perbualan Alif bersama anaknya Alisha Anugerah. Perbualan mereka yang berkisar tentang air sungai itu menarik minat kerana kehebatan Alisha bercakap dalam bahasa Inggeris yang fasih dengan slang yang tersendiri. Hebat Alisha !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji kepetahan Alisha berbahasa Inggeris ini. Antara komen-komen netizen :

” Suara dia ada macam anna dalam movie fr0zen when she’s a little girl.. “

” Very fluent English.. “

” Alesha know more than his father HAHAHA.. “

” She is so smart and her grammar is on point!.. “

” Oh my god sooooooo cuteeeeee … Bijak sangatttt … Semoga jadi anak yang bijak dunia akhirat ya sayangggg … “

” Dedi ni nak kena tau… Semua “I don’t believe u”.. “

” Aaaa sukanyaaa dengar Alisha cakap.. Macam tengok cite kartun tauuu.. “

” Hermoine tulen. Tak sekat-sekat pun bahasa omputih dia.. “

” Alaa comel alisha.. Suara dan cara bercakap macam katun di TV tu. Clever girl.. “

Sedap sungguh dengar Alisha speaking. Sama maca gaya Alif slang dan lenggok percakapannya tu. Power lah Alisha boleh cair dengar ayat-ayat Alisha. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Alisha membesar menjadi anak yang bijaksana dan berguna untuk semua. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shadila Halid by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT