Artis / Selebriti
” Strugg1e betul tengok Dr jaga anak-anak dalam train, hebat lah.. ” – Netizen
Datin Dr Halina Kongsi Video Momennya Membawa Anak-Anak Menaiki LRT Raih Perhatian Warganet. Wah Macam-Macam Ragam, Tapi Nampak Seronok Betul Semua Anak-Anak !!
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mahupun isterinya, Datin Dr Halina sering berkongsi perkembangan mengenai anak-anak di akaun Instagram. Bahkan ramai yang suka melihat cara pasangan ini membesarkan anak-anak mereka.
Terbaru, Datin Dr Halina ada memuat naik satu video yang memaparkan mereka sekeluarga telah menaiki LRT menuju ke KLCC. Tulis Datin Dr Halina, kesemua anak-anaknya begitu teruja kerana dapat menaiki LRT.
Selain itu, Datin Dr Halina berkongsi cerita mengenai ragam anak-anaknya seperti Adam yang sangat peramah dan suka berborak dengan penumpang lain dalam LRT. Meskipun akui Datin Dr Halina agak penat, namun aktiviti tersebut sangat menyeronokkan.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Hingga kini, video Datin Dr Halina sekeluarga menaiki LRT telah mendapat lebih 21 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen pula, rata-ratanya menyukai video yang dikongsikan oleh Datin Dr Halina dan memuji sikap Datin Dr Halina serta Datuk Sheikh Muszaphar menjaga anak-anak ketika menaiki LRT. Antara komen-komen menarik adalah :
” Struggle betul tengok Dr jaga anak-anak dalam train, hebat lah. Anak-anak happy kemain, mak ayah separuh nak pengs4n, haha.. “
” Wahh kemain Adam kan, ramah betul dia bersemb4ng dengan orang dalam Lrt. Hehehe terbaik lah.. “
” Kenangan terindah buat anak-anak, memang lah kita akan penat sikit, tapi seronok kan tengok anak2 teruja naik pengangkutan awam.. “
” Woww, takdak pembantu kan, semua handle sendri Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar, hebat betul.. “
” Woww tabik lah bawa 6 orang anak, melayan lagi keren4h setiap orang, power lah Dr Halina, hehe.. “
” Mommies with many kids mmg slalu lupa off ‘speaker’, wpun in public, hehe. Nampak semua happy betul kan.. “
” Tiba-tiba sblh Adam ada bdk rambut curly, ingatkan Bella dah tukar fesyen rambut haha. Moga kalian sekeluarga bahagia hingga ke syurga.. “
Part Datin Dr Halina cerita Adam tegur fesyen seluar salah seorang penumpang tu kelakar, nasib Datin dapat contr0l kan. Apa-apa pun semoga Datin Dr Halina terus bahagia bersama keluarga tersayang dan moga segala urusan Datin Dr Halina sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Halina Mohd Yunos, Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen

