” Serius lah lain betul Min Malik sekarang. Suara tu tetap power.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Dan Video Nyanyian Spontan Min Malik Raih Perhatian Peminat. Wah Dah Lama Menyepi Pun, Suara Tetap Padu Min Ni. Hebat Min Sekarang, Pegawai Tentera Berpangkat Kapten Lagi !!

Peminat seni suara era 90 an pastinya masih ingat dengan penyanyi bernama Min Malik. Popular dengan lagu Flora Cinta, adik kepada pengacara, arw4h Ary Malik ini juga sudah lama menyepi dari dunia seni.

Meninjau akaun Instagram Fedtri Yahya, telah dikongsikan gambar-gambar dan video Fedtri telah bertemu dengan Min Malik dalam sebuah meeting. Siapa sangka Min Malik sekarang sudahpun bergelar pegawai tentera.

Cerita Fedtri lagi, ketika semua orang dalam meeting tersebut perlu menggunakan microphone untuk bercakap, ianya tidak perlu untuk Min Malik. Suaranya cukup kuat dan lantang walaupun duduk paling jauh ke belakang.

Video spontan Min Malik menyanyikan kembali lagu Flora Cinta juga turut mendapat perhatian. Wah memang kuat betul suara Min Malik. Suaranya masih seperti dahulu, merdu dan serak serak basah. terubat juga kerinduan peminat pada suara Min Malik.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini telahpun meraih tumpuan daripada peminat dan antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Lama tak tengok Min Malik. Maintain power madam, memori sangat lagu zaman sekolah ni.. “

” The voice, nostalgia zaman sekolah. Harap masuk Geg4rvaganza sedap lah suara Min tak berubah.. “

” Pergh merem4ng, dah lama tak dengar suara Min Malik menyanyi. Live lagi tu tetap padu suaranya.. “

” Wah suara padu, sedap suara. Kita minat g1la dekat Min Malik ni tau. Wah dah jadi askar lah sekarang, hebat.. “

” Suara masih mantap, fuh kapten Min Malik tu sekarang. Hebatlah, ikut jejak langkah ayahnya Lt Kol Malik. Tahniah Min.. “

” Tabik kapten Min Malik, tak nak buat comeback ke. Suara tu sedap betul, dari zaman saya sekolah sampai sekarang lagu ni memang favourite.. “

” Wow min malik flora cinta once upon a time, saya suka nyanyi lagu ni bila karok. Maintain suara sedap.. “

” Serius lah lain betul Min Malik sekarang. Suara tu tetap power, idola lagu Flora Cinta ni. Masih tetap sama suaranya.. “

Masih tetap power suara Min Malik, wajahnya pun berseri-seri. Tentu pegawai yang tegas dalam angkatan tentera ni. Apa pun, semoga Min Malik sentiasa success dalam kerjaya tenteranya dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Min Malik, IG Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..