Artis / Selebriti
” Seronok tengok, walau dah tahu anak doc 7 orang saya tetap kira dalam gambar ni, hihi.. ” – Netizen ..
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Gambar Reaksi Anak-Anaknya Apabila Bertemu Adik Mereka. Wah Sekejap Dah 7 Orang Anak Dr Sheikh. Nama Baby Pun Sedap. Ada Iras Rupa Tasha Lah !!
2 hari yang lalu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor ada berkongsikan video isterinya, Datin Dr Halina bersiap sedia untuk menjalani pembed4han bagi kelahiran anak ke 7 mereka. Jika sebelum ini, mereka mendapat anak kembar, kali ini rezeki untuk mendapat seorang sahaja baby.
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ Dr Sheikh, bayi ini dilahirkan pada 12 Julai dengan berat 2.98 kg. Kelahiran bayi ini yang diberi nama sebagai Sheikh Muhammad melengkapkan lagi keluarga besar Dato’ Dr Sheikh dan Datin Dr Halina.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Dato’ Dr Sheikh, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Dato’ Dr Sheikh bersama kesemua anak-anaknya ini. Pelbagai reaksi diberikan oleh Tasha, Bella, Noah, Adam, Emelia dan Eusoff apabila melihat adik mereka ini.

Teruja melihat adik, ada yang ingin memel0k, menc1um dan meriba baby. Memang seronok ada anak yang ramai, macam-macam perangai dapat dilihat. Dato’ Dr Sheikh juga menyenaraikan nama penuh anak-anaknya ini bersama umur mereka di ruangan kapsyen.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MasyaAllah Tabarakallah… Mabruuuk Dato Dr Syeikh drsheikhmuszaphar & Datin Dr Halina… anak-anak soleh solehah semua Aamiiiin.. ”
” Alhamdulillah syukur, tahniah Dr Sheikh Muszaphar.. 5x bersalin 7 anak.. lepas ni Dr Halina bersalin 3 anak terus kot.. Sy 5x bersalin 5 anak je, Alhamdulilah syukur rezeki tuhan bagi.. ”
” MashaAllah seronok tgk. Walau dah tahu anak doc 7 org sy tetap kira dalam gambar ni hihi.. mcm kira anak sendiri bila keluar ke mana2 mesti kira dah cukup ke belum kot ada yg tertinggal.. ”
” Alhamdulillah. Dr mmg kena ada anak ramai. Berkualiti seronok tengok anak-anak dr.. bestnya untung wife DR ada shuben yg always support the pregnancy. Love.. ”
” Tahniah Dr Sheikh n Dr Halina diatas kelahiran Putera Muhammad, Anak2 Dr yg 6 tu semuanya nmpak chinese look (pada mata sayalah hihi) xsabar nk tunggu sibongsu ni membesar ada kah chinese look juga.. semoga Anak2 Dr menjadi anak yg Solleh dan Soleha Aamiin.. ”
” Simple and short names.. 7, perfect number.. Alhamdulillah seronok bila kita di kelilingi oleh anak anak yang ramai ni.. ”

Impian Dato’ Dr Sheikh ingin mempunyai anak yang ramai tercapai juga. Mana tahu beberapa tahun akan datang, Dr Halina dapat mengandung kembar lagi, lagi kec0h lah rumah Dato’ Dr Sheikh. Apa-apa pun, tahniah atas kelahiran Sheikh Muhammad dan selamat berpantang Datin Dr Halina.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden

