Artis / Selebriti
” Sportingnya semua, happy kan.. ” -Netizen

Video Perkongsian Norman Hakim Bercuti Bersama-Sama Keluarga Besarnya Raih Perhatian Peminat. Wah, Bahagia Betul Dua Keluarga Ini. Siap Pakaian Sedondon Lagi !!
Keluarga bahagia adalah impian buat semua. Biarpun pernah melalui proses pencera1an di masa lalu namun kemesraan dan keharmonian yang ditunjukkan oleh kedua-dua keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi ini diteruskan demi kebahagiaan anak-anak.
Melalui perkongsian Norman Hakim di akaun Instagram, Norman Hakim memuat naik satu video percutian keluarganya dan Abby di Johor. Kedua-dua keluarga dilhat sangat gembira dan cantik dengan pakaian sedondon berwarna pink dan peach.
Dalam video tersebut, kedua-dua keluarga sedang bersedia untuk melakukan aktiviti pada malam hari. Aktivitinya adalah barbeque yang bertempat di tepi pantai hotel penginapan mereka. Melihat pada kerjasama yang ditunjukkan oleh keluarga ini cukup mengagumkan.
Apa yang lebih menarik perhatian, sementara ibu bapa sibuk membak4r dan menyediakan makanan, anak-anak dilihat sedang seronok bermain pasir di tepi pantai tersebut. Ceria betul suasana ditemani gelak ketawa riang oleh kanak-kanak.
Jom tonton video di bawah :
Percutian kedua-dua keluarga ini kelihatan begitu menyeronokkan dan penuh keceriaan. Rata-rata peminat memuji cara mereka mengekalkan hubungan baik antara mereka. Antara komen-komen mereka adalah :
” Love la family besar ni, semoga smuanya mnjalani holiday yg indah dan di bawah lindungan Tuhan semoanya aminnn.. “
” Happy sgt tgk keakraban family ni. Semoga sentiasa dalam rahmatNYA dipermudahkan segala urusan… Amin ya rabb.. “
” Bagus nya family bahagia ni.. love u korang smua. Smg bahagia ke hujung ny4wa, meriahnya rmai2 sronok tgk silaturrahim ni.. “
” Best tgk famili besar ni.. hepi sgt.. Alhamdulillah Syukur padaNya.. Seronok tengok family nie… semoga terus bahagia hingga ke jannah aamin.. “
” Sportingnya semuaa… heppy kan, best nya terbaiklah family ni.. moga sntiasa bahagia dan happy bersama.. Aamiin.. “
” Seronokny brcuti di hujung mggu… selamt brcuti, best la famili mcm ni takde dend4m bestt terbaikkkkk, Happy sgt tgk memey dgn abby.. “
” Bestnya bonding mcm ni.. happy familia semua.. Alhamdulillah, Bestnye suasana mcm ni.. berkmpl rmai rmai smbl mkn mkn.. ”
Apa yang berlaku pada masa dahulu bukan penentu kebahagian bagi sesebuah keluarga pada masa kini. Begitulah yang ditunjukkkan oleh kedua-dua keluarga Norman Hakim dan Abby. Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga kebahagiaan yang dibina akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Normanhamim, Memeysuhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin