Artis / Selebriti
” Soalan KBAT ke ni Amayan. Professor pun belum tentu boleh jawab, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Datin Shahida bersama anak-anak bermain Running Based On Our Types Trend buat warganet terhibur. Sampai part Ammar Ahyan je terus semua blur. Soalan di luar kotak betul lah Amayan ni, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida Dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Datin Shahida bersama anak-anaknya, Qadejah, Baem dan Ammar Ahyan bermain satu challenge yang trending sekarang iaitu ‘Running Based On Out Types’.
Cerita Datin Shahida, ketika dirinya, Qadejah dan Baem memberikan soalan, semuanya berjalan dengan baik dan lancar tetapi lain jadinya apabila sampai giliran Ammar. Ammar yang sangat random ini selalu keluar dengan ayat-ayat kelakar secara spontan dan mencuit hati ramai.
Soalan Ammar membuatkan Datin Shahida, Qadejah dan Baem terdiam seketika kerana tidak tahu reaksi apa yang mahu diberikan. Tergelak Datin Shahida dengan soalan Ammar itu kerana ianya terlalu menduga pemikiran. Ammar pula membuat reaksi muka blur, semakin kelakar permainan mereka.

Seronok warganet melihat gelagat Datin Shahida dan anak-anaknya ini. Seramai anak yang ada, Ammar memang lain daripada yang lain. Kadangkala random Ammar itu membuatkan Datin Shahida tergelak sendiri. Manakan tidak, ‘bahasa kamus’ yang digunapakai oleh anak terunanya ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian ini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sampai sekarang saya masih fikir siapa yang paling banyak berdiri, haha.. lawak la amayan.. Smp kat amayan je semua jem.. Pastu dia yg static tak gerak haha.. “
” Soalan KBAT ke ni Amayan, haha.. berdiri ke berdikari maksud Amayan ni.. Susah sgt tu soalan Amayan.. Professor pun belum tentu boleh jawab, haha.. “
” Pengsan lah, selalu di luar kotak Amayan ni.. Ingatkan ‘menjerit’.. auto teringat Cess tp subtitle ‘berdiri’ lak dah… mau 3 hari acik blur ni Amayan.. “
” Adoii Amayan.. ada jawapan tak untuk soalan amayan tu eh, haha.. susah sangat soalan ni.. siapa yang paling banyak berdiri, haha.. “
” Weyh ammar kau lagi lawak dari jep sepahtu haha.. banyak2 soalan, dia boleh Tanya sapa paling banyak berdiri.. soalan susah sangat ni amayan.. “
” Semua lag eh masa Amayan tanya tu, dengan mama pun blur terus haha.. semua terkedu terbisu seketika.. soalan mencabar otak ni.. “
” Mama, dgn saya2 sekali terkesima dgn ayat Ammar ahyan.. penat berdiri asyuk buat live kot jawapan soalan ammar ni mama.. “
Soalan Ammar yang sampai sekarang tiada jawapannya. Soalan di luar kotak dan tidak terfikir dek otak masing-masing. Adakah mungkin berdiri yang Ammar maksudkan itu berdiri ketika membuat live, hanya Ammar sahaja yang tahu apa yang dimaksudkan olehnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ShahidaDherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

