Artis / Selebriti
” Si comel ni kemain besar lagi dia gelak.. ” – Inaijari
Video Anak Izara Aishah, Irisa Alaia Yang Ketawa Riang Apabila Diusik Oleh Mommynya. Amboi Alaia, Lagu Diusik Lagi Kuat Dia Gelak. Comel Sungguh !!
Antara anak selebriti tanahair yang lahir pada tahun 2020, anak Izara Aishah bernama Irisa Alaia antara yang sering menjadi sebutan peminat. Wajah Alaia yang berkulit putih ini kerapkali dikatakan peminat seperti wajah Korea kerana wajahnya yang comel itu.
Jika di akaun Instagram Izara, hanya gambar Alaia sahaja dikongsikan dan ruangan komennya juga jarang dibuka untuk peminat. Jarang untuk melihat video Alaia dan jika ada dikongsikan hanya video tanpa suara sahaja.
Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dimuatnaik satu video yang memperlihatkan gelagat Alaia yang ketawa apabila diusik Izara. Mulut Alaia yang nampak sedikit com0t dengan coklat dan Alaia ketawa apabila plastik coklat dibaling kepadanya.

Lagi dibaling, lagi gembira si puteri Izara ini, mudah terhibur sangat Alaia. Semakin diagah, semkin kuat ketawa Alaia. Siap sepet-sepet mata Alaia apabila sedang ketawa. Pejam celik, pejam celik, sudah hampir setahun umur si comel ini.
Jom tonton video di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/CL9FFpoBBpA/
Pastinya seronok untuk ibu muda seperti Izara melihat anak membesar di depan mata seperti ini. Izara juga pernah berkongsikan di Instagram story nya memberitahu walaupun dibelikan mainan yang mahal, plastik dan kotak juga yang menjadi pilihan Alaia.

Menerusi video ini, terbukti plastik sememangnya mainan kegemaran Alaia sehinggakan ketawa begitu sekali. Apa pun, semoga Irisa Alaia membesar dengan sihat dan aktif selalu serta menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG Izara Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

