Connect with us

Artis / Selebriti

” Serius lah dah pencen, kenapa muda sangat baba Haziq.. ” – Netizen

Haziq Hussni Kongsi Gambar Dan Ucapan Buat Bapanya Sempena Hari Persaraan Bapanya Itu. Muda Lah Nampak Bapa Haziq, Sebijik Muka Haziq, Tak Nampak Macam Dah Pencen Pun !!

Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja biarpun sanggup berpenat lelah serta berhujan panas demi menyediakan segala keperluan buat isteri dan anak-anaknya yang tercinta. Begitu juga yang dilakukan oleh bapa kepada penyampai radio dan juga pengacara, Haziq Hussni terhadap keluarganya.

Meninjau ke laman Instagram milik Haziq, telah dikongsikan sekeping gambar bapa Haziq yang bernama Hussni. Bapanya itu mengenakan baju t-shirt lengan panjang berwarna hijau lumut bersama dengan seluar jean. Terdapat kek di tangannya.

Kek itu tertulis happy retirement Mr. Hussni dengan gambar sotong yang sinonim dengan bank CIMB. Ramai Peminat Haziq mengatakan bahawa wajah Ebapanya itu saling tidak tump4h seperti wajah Haziq dan nampak awet muda serta tidak dimam4h usia.

Menerusi kapsyen tulisan Haziq mengatakan bahawa hari ini bersamaan 25 Jun 2021 merupakan hari terakhir bapanya bekerja di bank itu. Menurut Haziq, baba(panggilan untuk ayahnya) telah bekerja di bank yang sama selama 37 tahun. Haziq menjadi saksi bagaimana babanya bersus4h payah untuk ke tempat kerja setiap hari.

Jom baca perkongsian di bawah:

Rata-rata peminat mengatakan bahawa mereka ingatkan Haziq menggunakan filter untuk menjadi tua. Rupa-rupanya itu adalah sememangnya baba Haziq. Tidak lupa ada juga yang mengucapkan selamat bersara buat En. Hussni. Antara komen-komen peminatnya :

“ C0py paste ter0k.. Aku ingatkan haziq pkai filter yg mcm org tua tu.. Mesti CIMB kan sbb ada s0tong hahaha.. Muda sangatt ayah.. Tua2 pun smart pakcik ni .. selamat bersara baba haziq.. “

“ Tak nmpk mcm bapak.. Duduk sblh nmpk mcm abg je.. Muda belamb4k.. Ingatkan haziq versi edit jadi tua.. Rupanya ayah haziq.. tak nampak tua langsung la uncle… ensem macam 40an je… Happy retirement uncle.. “

“ C0py paste sgt haziq senior nim hahaha.. Ingtkn haziq buat apps org tua tu.. you really look like him.. Kalau tak de uban tu.. mau org kata haziq yg abg… enjoy the retirement days Uncle mohd_hussni.. “

“ M4ti2 aku ingat ni haziq .. ingat dia edit pakai face apps .. Ampun bang jago..  Salute.. dh pncen still hnsem cenggini.. kalau time muda.. lg lar hnsem… Happy retirement abangku.. “

“ Kenapa muda sgt baba abg haziq.. Awet muda even rambut dh white.. Perghhh pak hensem k4lah ank dia.. Pakcik.. bersiap sedialah menerima follower yg ramai lepas ni.. “

“ Serious la dah pencen.. awat mcm muda remaja je lg.. huhuhu.. Same btl muka.. haziq dah berumur nanti mesti sebijik macam nie. happy retirement uncle.. “

“ Handsome your dad.. Hensem dr anak ni.. Baca sampai habis terkej0t.. Baba haziq… wow nampak muda.. sekali pandang macam adik beradik.. happy retirement pakcik.. “

Kalau tua dan sudah bersara masih lagi segak begini, agaknya masa muda lagi segak kan. Mungkin wajahnya seperti Haziq. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat bersara buat En Hussni. Semoga sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Haziq_Hotfm

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT