Artis / Selebriti
” Semua genre Kepom tapau, Kepom memang nombor syaatu lah.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Berduet Menyanyi Lagu Pahit Akan Manis Akhirnya Bersama Ukays Band Raih Pujian Ramai. Wah Padu Lah Kak Lina Menyanyi Lagu Leman. Habis Semua Kak Lina Kita Tapau !!
Sebut sahaja nama Elly Mazlein pasti ramai yang sudah terbayang karakternya yang kelakar. Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina antara selebriti yang menyinar dalam industri seni. Pada awalnya Kak Lina menceburi bidang nyanyian dan lakonan. Kini Kak Lina turut bergelar pengacara terkenal dan penyampai radio.
Bagi yang pernah mengikuti Kak Lina menerusi segmen Carta Era 40 di Radio Era setiap hari Sabtu pasti mengetahui Kak Lina akan berduet bersama penyanyi jemputan setiap minggu. Antara video yang menarik perhatian adalah Kak Lina menyanyi bersama Usop Mentor, Ande Bernadee, Leez Rosli dan Aepul Roza.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Kak Lina berduet bersama Ukays Band membawa lagu bertajuk ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’ pada minggu ini. Sekali lagi perkongsian video tersebut menarik perhatian warganet.
Ada yang mengatakan suka mendengar cara Kak Lina membawa lagu leman seperti ini dan kagum Kak Lina mampu menyanyi pelbagai genre lagu serta menyifatkan Kak Lina seorang penyanyi yang versatile. Sehingga kini, video nyanyian Kak Lina menerima ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video tersebut dan memuji cara Kak Lina membawa lagu-lagu yang dinyanyikannya. Antara komen-komen warganet adalah :
” Semua genre Kepom tapau, Kepom memang nombor syaatu lah.. Muka tu layan betul dengan lagu yang dia tengah nyanyi.. “
” Paling best suara K.lina.. Sumpah tak tiipuu.. Rasanya sekarang suara Kak Lina lagi padu.. Tak sangka semua lagu Kak Lina blh bawa dengan baik.. “
” Semua best kak lina menjiwai watak macam biasa hahhahha.. Kak Lina tolongla buat konsert. Nak pegiiiii, sy orang pertama akan beli tiket.. “
” Buat 1 full cover lagu ni pleaseeeee…. Jatuh cinta ngn suara mu sis.. Padu terokss lah bawa lagu jiwang2 ni. tangkap leleh dengar.. “
” Sedap nye suara kak.. Era tolong buat highlight semua lagu3 duet cover KLPP dgn tetamu jemputan pls.. Nak dengar.. Plss.. “
” Lagu ni memang antara yg terbest zaman tu sampai hr ni.. Diaorng nyanyi je bulu roma meremang dan2 flashback zaman tu.. Memang best.. “
” Hebat betul Kak Lina, memang versatile. Semua video Kak Lina nyanyi semuanya sedap dan best.. Boleh pergi jauh lagi Kak Lina.. “
Patut lah ramai yang suka dengar nyanyian Kak Lina, tengok sahajalah caranya menyanyi, penuh dengan gaya yang tersendiri. Apa-apa pun semoga Kak Lina terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan segala urusannya sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin