Connect with us

Artis / Selebriti

” Sempat menyembang tu yang tak tahannya. Dua-dua lawak, suara sebijik sama.. ” – Netizen

Video Persembahan Live Aepul Roza Dan Namie Menyanyikan Lagu Biarkanlah Buat Warganet Terhibur. Sempat Lagi Berhenti Borak Dulu, Baru Sambung Menyanyi. Lawak Betul Bila Pak Helang Dan Mat Helang Bergabung !!

Konsert Drama Band Malam Drama telah pun berlangsung pada 2 Mac baru-baru ini bertempat di Bently Music Auditorium Petaling Jaya. Selain Aepul, konsert ini turut menjemput naib juara The Masked Singer, Mat Helang atau Namie sebagai artis jemputan.

Lagu yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat tentunya lagu hits Drama Band berjudul Biarkanlah. Lagu ini juga yang membuatkan ramai keliru dan yakin Helang adalah Aepul. Meninjau akaun tiktok salah seorang penonton yang hadir di konsert itu, satu video penuh nyanyian live Aepul dan Namie telah pun dimuatnaik.

Klik gambar untuk info..

Padu dan penuh dengan sketsa, gandingan Aepul dan Namie menghiburkan semua. Lebih menggamatkan suasana apabila Aepul dan Namie sempat berhenti menyanyi dan berborak dahulu di atas pentas sebelum menyambung nyanyian mereka. Boleh lagi pause dan selepas itu sambung.

Amboi macam karaoke dekat rumah sahaja yer, sempat lagi bersembang pasal payment belum clear. Lawak lah Aepul dan Namie ni, tak sangka Aepul juga kelakar orangnya. Keseluruhannya, rasa yang puas hati mendengar suara Aepul dan Namie menyanyi lagu ini. Baru boleh nampak yang mana beza antara mereka, sama tetapi tidak serupa.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )ย 

@terry_8789

Probably the longest video yg aku ada sebab diorang bantai sembang atas tu. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Punca2 memory phone full @Aepul Roza @DramabandMY @ษดแด€แดษชแด‡ ๊œฑแดส #dramaband #malamdrama #malamdramaconcert

โ™ฌ original sound – terry_8789 – terry_8789

Sehingga kini , perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dia boleh ajak borak.. pak lawak lah Aepul ni.. punca2 memory full.. mat helang & pak helang masuk family duo confirm menang.. ”

” berborak pulak geng haha.. Aepul mmg always random geng.. kusangka mat helang adalah aepul rupanya si namie. thorbaikkk. suara padu.. ”

” Pak helang dengan mat helang.. by the way yang tak jumpa cari tu pon helang gak kan.. best duet so far.. ”

” Aepul power siot tarik part last tu.. dua-dua favourite, padu betul sebijik suara.. tak rugi lah pergi konsert Drama Band.. ”

” Best g1la dengar Mat Helang Namie dengan Aepul Roza duet.. sempat menyembang tu yang tak tahannya.. dua-dua lawak.. ”

” Pergh memang nk sama la suara dorang berdua ni.. Padu gitu.. Combination of Pak Helang and Mat Helang was so boom Tapi tu laa sempat borak dulu. Malam Drama yang hangat.. ”

” Selama nie tgok dorg nyanyi lagu kt Live TT jea akhirnye dpt gak dgr suara mat helang dan pak helang secara live mantapppp.. part tengah sempat lagi ngajak sembang erkk haha.. Dua-dua idola.. ”

Klik gambar untuk info..

Tak rugi lah sesiapa yang berhabis beli tiket Drama Band ni, persembahan memang padu dan bersemangat. Seronok melihat dua figura ini bersembang sambil menyanyi, sangat profesional dan pandai mengawal pentas. Semoga terus success dan maju jaya Namie dan Aepul Roza.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok terry_8789

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak

##FREAKOUT