Artis / Selebriti
” Macam tu Haris ngorat Lofa rupanya, kalau kita pun melting.. ” – Netizen
Video Neelofa Pecah Rahsia Kisah Ketika Awal Percintaan Dengan Haris Ismail. Alahai Sweet Sangat, Malu-Malu Pulak Haris Dengar Lofa Cerita. Patut Lah Lofa Jatuh Hati !!
Menerusi akaun Tiktok seorangnur, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail bercerita mengenai kebaikan mengamalkan zikir dalam kehidupan harian. Ada cerita menarik yang terjadi ketika zaman percintaan mereka dahulu.
Kata Neelofa, dia baru sahaja mengetahui mengenai amalan zikir pagi petang sekitar tahun 2020. Itu pun apabila bakal suaminya ketika itu memberikan buku Al-Mathurat. Bercerita sambil tergelak Neelofa mengenang peristiwa lama, Haris pula tercengang apabila Neelofa membuka cerita.
Malu-malu Haris apabila Lofa membocorkan rahsia. Sambung Neelofa lagi, ketika Haris memberikan Al-mathurat terangkak-rangkak juga Neelofa untuk membaca semua ayat di dalam buku itu. Ianya merupakan perkara baru bagi Neelofa dan tidak diamalkan pula, memang bacaan pun jadi tersekat-sekat.

Haris pula sempat berseloroh jika ada wanita yang mahu mencari suami yang menghafal zikir pagi petang pun boleh tetapi perjalanan mencari jodohnya bakal sedikit panjang masanya. Amboi Ustaz Haris dalam malu-malu rahsia dah pecah pun masih boleh bergurau lagi.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@seorangnur Hahaha Lofa tetap nak cerita 😂 Tiyuttt 😝 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Masya Allah, Alhamdulillah, tahulah Ustaz yang bagi zikir pagi dan petang kat Lofa.. comel lah dua ketul ni.. ”
” Macam tu hariz ngorat lofa rupanya, kalau kita pun melting. cute lah love story lofa haris ni. jodoh yang terbaik Allah bagi untuk lofa, alhamdulillah.. ”
Seronok warganet mendengar cerita Neelofa itu. Sweet sungguh perjalanan kisah cinta Neelofa dan Haris ini. Yang paling ketara, Haris banyak membawa perubahan yang baik dalam hidup Neelofa. Hasilnya lihatlah Neelofa sekarang, isteri solehah dan ibu terbaik untuk anak-anak.

Betul kata Neelofa, cara paling mudah untuk kita lancar membaca Al-Mathurat adalah dengan mendengarnya setiap hari. Untung lah Neelofa dapat suami yang berilmu agama seperti Haris dan dapat membimbingnya ke jalan yang diredhai. Semoga terus bahagia sweet couple dan sama-sama ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Seorangnur
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen

