Artis / Selebriti
” Semenjak jadi champion sulung The Hardest Singing Show itu hari, memang lepas beliau, beliau je eh.. ” – Namie

Video Aepul Roza Kenakan Namie Buat Warganet Terhibur. Macam Tu Je Namie Kena Gula-Gula Dengan Aepul. Selalunya Namie Yang Kenakan Aepul, Muka Tu Frust Betul Eh. Tak Tahu Nak Kesian Ke Nak Gelak Kat Namie Ni, Haha !!
Aepul Roza dan Namie sememangnya akrab dan bersahabat baik setelah memasuki satu pertandingan realiti TV pada tahun lalu. Setelah itu, banyak juga persembahan pentas yang menggandingkan mereka berdua. Suara Aepul dan Namie juga mempunyai persamaan yang kadang kala membuatkan ramai keliru.
Meninjau akaun Tiktok Namie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Namie dan Aepul sedang berlatih menyanyi lagu baru berjudul Apa Lagi. Kata Aepul, lagu ini ditulis khas untuk Namie. Untuk sesi latihan ini, Aepul memulakan nyanyian dan meminta Namie untuk menyambung pada bahagian korus.
Selalunya Namie yang menyakat Aepul tetapi kali ini Namie pula yang kena kaw-kaw dengan Aepul. Bersemangat Namie standy untuk menyanyi, alih-alih sampai ke akhir Aepul menyanyi semuanya. Ekpresi muka Namie selepas selesai Aepul menyanyi menggeletek hati warganet.
Kata Namie, semenjak Aepul menjadi champion sulung The Hardest Singing Show memang tidak bagi chance langsung. Selepas dia, dia lagi menyanyi sehinggakan Namie tidak sempat keluarkan suaranya langsung. Ketawa besar Aepul melihat muka frust Namie.
Jom tonton video di bawah :
@namie_smy Semenjak jadi champion sulung The Hardest Singing Show itu hari, memang lepas beliau, beliau je eh. Tak kasi can langsung eh @Aepul Roza ? Nak bagi ke x lagu APA LAGI ni?😒 Nantikan Official Music Video APA LAGI esok 22/7/2024 hanya di Youtube channel @Rusa Music ! Support ramai-2 ye gais!!! #ApaLagi #ApaLagiNamie #namiesmy #chegunamie #fyp
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Apa lagi Namie tunggu masuk lah.. sampai sudah dia menyanyi haha.. Ohh kau part pegang kertas je kot Namie.. kena kali ni Namie dengan Aepul. penat aku ketawa.. ”
” Aepul ghisau namie nyanyi nt ending lagu jd lainnn haha.. Mentang-mentang lagu dia.. lepas dia dia, lepas dia dia lagi sampai ke sudah haha.. ”
” Namie terkena kali ni, puas hati tengok muka frust Namie tu haha.. Kalau Namie start dulu kang ending dia terus insaf hehe.. ”
” Haha masuk lah Namie.. lambat haha.. Tak masalah sekarang muka dia pun lawak.. Puas hati tengok, selalu kemain dia kenakan Aepul.. ”
” Kau part dengar je la Namie haha.. Padan muka, kan dah kena balik haha.. dah terkena Namie.. lepas menang the hardest, memang hardest nak masuk haha.. ”
” Ha tu la kau mie, biasa semua lagu kau tapaukan dalam satu lagu, ni kau jadi pendengar tegar je mie.. kena palau dia kali ni.. ”
” Sabar je lah Namie tunggu turn nak nyanyi haha.. kawan muka tu terkemut kemut daa lepas dia dia nyanyi.. ”
Memang susah betul lah Namie hendak mencelah masuk ketika juara the Hardest Singing ini menyanyi. Kesian tetapi kelakar melihat reaksi wajah Namie itu. Bertabah lah Namie, nasib tak baik kali ini terkena dengan Aepul. Nanti yang full version Namie boleh menyanyi sepuas-puasnya okey.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Namie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen