Artis / Selebriti
” Selain Khairul Aming, Dato’ dan Datin juga contoh majikan muslim yang terbaik.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida belanja semua staffnya makan di sebuah restoran steamboat raih pujian warganet. Wah bukan belanja makan je, duit belanja pun dapat. Untungnya dapat majikan macam ni..
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan dirinya dan suami, Dato’ Aliff Syukri membawa semua pekerja mereka makan di sebuah restoran steamboat. Menerusi video itu, Datin Shahida berkata, jumlah pekerja yang dibawa mereka ke restoran tersebut adalah seramai 300 orang.
Tulis Datin Shahida di ruangan kaspyen, aktiviti seperti ini akan dilakukan pada setiap 2 bulan sekali untuk menghargai pekerja-pekerja yang berkerja bersunggu-sungguh. Bukan itu sahaja, wang saguhati juga turut diberikan oleh Dato’ Aliff dan Datin Shahida kepada semua pekerja.
Di akhir penulisan, Datin Shahida berharap agar semua pekerjanya akan terus bekerja dengan hati yang ikhlas dan berharap perniagaan yang dijalankan mereka ini akan terus berkembang maju lagi. Perkongsian ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan suka melihat cara layanan Dato’ Aliff dan Datin Shahida terhadap pekerja-pekerja. Komen salah seorang warganet, selain Khairul Aming, pasangan suami isteri ini juga antara majikan muslim yang terbaik. Sehingga kini, video tersebut menerima puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Datin Shahida dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Selain khairul Aming, Dato’ dan Datin juga contoh majikan muslim yang terbaik.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah moga terus maju dan dimurahkan rezki selalu Dato dan Datin.. “
” MashaAllah. Dah belanja makan diberi duit lagi. Hebat majikan macam ni. Semoga bertambah rezeki berkongsi Dato sekeluarga.. “
” Rezeki yang dibelanjakan dengan ikhlas berkongsi dengan pekerja, in shaa allah semoga dilipat gandakan dato datiin.. “
” Doakn aku sentiasa dpt buat mcm ni gakk kt staff2 akuu… Staff happy majikan pon senang hati sbb tau staff akn kerja sebaik yg mungkin.. “
” Semoga dilimpahkah lebih banyak rezeki untuk berkongsi rezeki dengan mereka disekeliling dan diberi ganjaran limpahan nikmat rezeki kat datin dan dato.. “
” Alhamdulillah semoga Allah sentiasa merahmati Dato’ dan Datin sehat seisi keluarga tercinta bertambah rezeki Dato’ membantu pada yg memerlukan majikan yg terlalu baik dan perihatin dgn pekerja semoga kebaikan dibalas juga dgn kebaikan.. “
” Ayat paling aku suka dengar bila dato cakap ”eh sabar jangan risau kedai ni kita punya”.. Moga dato terus dimurahkan rezeki.. “
Kelihatan semua pekerja nampak seronok apabila majikan mereka melayan mereka dengan baik seperti ini. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Semoga perniagaan akan bertambah maju dan dimurahkan rezeki lagi selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


