Artis / Selebriti
” Sekarang ni, I tak nak kereta, tak nak apa-apa. I nak pergi.. ” – Datin Shahida
Video Datin Shahida kongsi satu impiannya kepada Dato’ Aliff Syukri raih perhatian ramai. Wah dengar pun dah tahu mahal tu, semoga impian Datin Shahida itu akan tercapai nanti..
Meninjau di akaun TikTok milik maroseaslegacy, telah dikongsikan video sesi live isteri usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida. Menerusi video itu, Datin Shahida ada berkongsi cerita mengenai Dato’ Aliff yang sudah dua kali menunaikan ibadah haji.
Kata Datin Shahida, ibadah haji pertama Dato’ Aliff adalah ketika usianya 18 tahun dan ketika itu Dato’ Aliff pergi bersama ibunya, Bonda Rozita. Datin Shahida juga telah menunaikan haji sebanyak dua kali bersama kedua orang tuanya. Namun begitu, kata Datin Shahida, dia mempunyai satu impian.
Datin Shahida meluahkan hasrat impiannya kepada Dato’ Aliff iaitu ingin menunaikan ibadah haji bersama Dato’ Aliff dengan pakej haji AlMAAS. Seloroh Datin Shahida, sekarang dia tidak mahu hadiah kereta atau pun apa-apa daripada Dato’ Aliff dan hanya mahu menunaikan ibadah haji dengan pakej tersebut.

Kata Datin Shahida lagi, sebelum ini dia menunaikan ibadah haji dengan pakej dari agensi swasta dan nilai harganya tidak lah mahal berbanding dengan pakej AlMAAS. Sehingga kini, perkongsian video live Datin Shahida itu telah ditonton lebih 300 ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@maroseaslegacy Alhamdullilah Papa nak bawak mama pakej haji Al Mas #haji #almas #umrah #almas
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Moga Allah mudahkan urusan Datin dan Dato utk mengerjakan haji dgn pakej Al Mas dan mendapat haji yg mabrur dan makin berjaya dunia dan akhirat.. “
” Pakej almas rm250k, mampu apa salahnya.. Pakej vvip.. Sesuai dengan harga.. Insyaallah semoga impian Datin itu akan dimakbulkan Allah.. “
” Tak salah pun Datin, Datin kan mampu.. Semoga Allah makbulkan doa kita, saya pun impikan pakej Almas sempena nama ku.. “
” Insya Allah ada rezeki nnti datin dato.. Seronok dengar datin bercerita, sangat lah humble walaupun kaya raya.. Langsung tak riak.. “
” Wahh rezeki Dato kan, muda2 dah buat haji.. Rasa ingt juga dlu pernah ada masuk majalah cerita Dato dan bonda pergi haji, tapi tak ingat lah.. “
” Umrah haji ni semua rezeki. Miskin ke kaya ke, kalau tak dijemput, tak sampai jugak. Kadang orang tak berduit tapi Allah jemput ke rumahnya.. Rezeki masing-masing.. “
” Sy pun idamkan pakej haji al-Mas.. Ya Allah izinkan hambamu ini ke tanah sucimu.. RM200k jgk pakej almas tu kan.. “
Selain itu, ada warganet memuji sikap Datin Shahida yang dikatakan sangat humble meskipun dirinya sudah pun bergelar seorang jutawan. Bahkan ramai turut mendoakan agar impian Datin Shahida bersama Dato’ Aliff akan dimakbulkan dan segala urusan mereka untuk menunaikan ibadah haji nanti dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok maroseaslegacy, IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu

