Artis / Selebriti
” Sekali kita yang tengok terkejut. Tu namanya buli sayang, hehe.. ” – Komen Netizen
Video gelagat YB Syed Saddiq ‘membuli’ Bella Astillah ketika memakaikan Bella helmet buat ramai teruja. Amboi YB, masa awal-awal tu sweet je. Sekali diketuknya kepala Bella macam tu je. Terkejut Bella, sampai ternganga dibuatnya, hehe..
Primavalet kembali dengan rangka promosi mereka untuk season akan datang. Jika sebelum ini pasangan popular jenama ini iaitu Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sudahpun berjaya memanjat Gunung Kinabalu dan meredah lautan di pulau Semporna, kali ini mereka melakukan aktiviti mencabar di hutan pula menggunakan baju Primavalet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Primavalet, telah dikongsikan antara moment menarik ketika Bella dan YB Saddiq melakukan aktiviti bermain ATV. Seperti sebelum ini, YB Saddiq sangat menjaga Bella lebih-lebih lagi jika melibatkan keselamatan dan peralatan yang akan mereka gunakan.
Di pulau dahulu YB Saddiq memakaikan Bella life jacket, semalam YB memakaikan Bella helmet pula. Romantis dan protective sungguh YB Saddiq terhadap Bella. Pasti ramai yang tersenyum melihat gelagat sweet YB Saddiq dan Bella itu, namun selepas itu YB Saddiq membuat perangai nakalnya ‘membuli’ Bella.

Ternganga Bella kerana terkejut apabila YB Saddiq mengetuk helmet yang berada di atas kepala Bella. Muka nakal YB Saddiq itu tidak dapat disorok lagi. Suka betul YB Saddiq mengusik ‘Yang Bella’nya tetapi mungkin juga YB ingin memastikan helmet itu betul-betul sesuai dengan kepala Bella.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak pe kita approved YB ketuk kepala Bella sbb it’s a sign yang YB selesa betul dengan Bella.. ni kalau dah kawin memang kena cubit lah yb dengan bella.. “
” Aku yang lelaki pun tersengeh sengeh tengok bella dgn yb saddiq ni.. sweet sngt.. semoga mereka berdua jodoh berkekalan hingga ke Surga Allah swt. Aamiin.. “
” Sekali kita yang tengok terkejut.. diketuknya kepala bella… chomel betul.. tu namanya buli syg. pjj beberapa hari, esok pjj lagi. jadi hari ni, kena buli sayang la.. “
” Saje je pasang lambat lambat.. asal korang happy, we are okay.. di ketuknya kepala bella… nakal betul yb saddiq ni.. romantik tapi kaki buli.. “
” Diketuknya terkejut Bella haha.. ketuk sayang tu, comel betul 2 ketul ni., kenapa aku senyum sensorang wey.. yb geram tengok Bella tu.. “
” Bersemut, manjanya YB Saddiq dengan Bella ni.. faham Sangat ketukan tu yb .. cepat lah halal kan hubungan ini.. kami ni penat senyum tau.. “
” Tgok pandangan tu teringat betul dgn kngn masa di Samporna yg YB pakaikan jacket bella… same feeling.. “
” Sebenarnya wanita luar biasa ni semua keje dia blh buat sendiri tp kann nak pakai tali helmet mesti ada je org istimewa dia nk tolong.. “
Betul apa yang YB Saddiq katakan sebelum ini, dalam usikan ada kebahagiaan. Tumpang bahagia pencinta BASS melihat kegembiraan YB Saddiq apabila bersama Bella. Semoga terbuka lebih banyak pintu rezeki pasangan ini dan didoakan hubungan ini akan berakhir di jinjang pelamin, Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet, Tiktok Team BA’SS
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga1 day ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

