Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekali dia keluarkan skill menari dia, haaa tak de stop-stop dah.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Menari Ketika Majlis Sambutan Hari Lahirnya Baru-Baru Ini Buat Ramai Terhibur. Amboi Fatima, Masa Awal Tu Malu-Malu. Lepas Tu Terus Naik Sheikh, Comel Sangat Nyamma Berjoget !!

Satu majlis sambutan hari lahir telah pun dianjurkan oleh Fazura dan Fattah Amin untuk puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya. Berjalan dengan lancar dan meriah, Fatima mengenakan gaun berwarna merah jambu dan kelihatan begitu comel sekali.

Tidak hanya baju, headband, scrunchy, sunglasses dan kasut semuanya berwarna serba pink. Meninjau akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima menari apabila mendengar lagu Blackpink dimainkan.

Tulis Fazura di kapsyennya, setelah hampir semua tetamu sudah balik baru lah Fatima tidak malu untuk menari. Tengok lah telatah Fatima itu, lincah betul dengan pelbagai gaya menari. Banyak lagi lah lagu lain yang berkumandang antaranya Oppa Gangnam Style.

Amboi Fatima, tak berhenti dia berjoget dan melompat. Fattah yang melihat dari jauh hanya tersenyum sahaja. Apabila Fatima tengah seronok dan ‘naik sheikh’, ini lah jadinya. Bersorak semua orang melihat aksi Fatima itu, enjoy betul Fatima.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Shoo cute dia dance.. lagu blackpink kemaen dia.. Ala sayang Nyamma.. sebab Nyamma pemalu shy shy meow meow ramai dah balik barulah Nyamma beraksi.. ”

” Amboi, amboi, amboi… Bila orang dah tak de, baru hilang malu dia. Untuk birthday Nyamma tahun depan, Nyamma buatlah persembahan. Practise dengan Mommy dan Daddy dari sekarang.. ”

” Amboi bukan main artis comel buat show ye.. Minat Jisoo ni budak ni. tidur dekat tangga hahah.. Fatima lambat warm up hehe.. ”

” Fatima lompat tak henti macam ada spring.. Auntie yang tengok ni semput.. Malu malu nak menari jugak, bravo Nyamma.. ”

” Alahai pemalu rupanya fatima ni dgn orang.. sekali dia keluarkan skill menari dia, haaaaa tak de stop-stop dah.. ”

” Soooo cute la Nyamma.. comel sangat nyamma dance lagu Jisoo.. Fatima type yang malu yer. so beautiful girl.. ”

” Fatima yg cantik ni pandai ikut step menari sayanglah awak ni. mula-mula je malu, sekali dah masuk mood menari dia, habis semua joget Fatima tapau.. ”

Alahai Fatima kesayangan ramai ni, tengok Fatima menari membuatkan ramai yang seronok. Tahun depan, boleh lah mummy buat slot menari masa birthday Fatima. Apa-apa pun, semoga Fatima membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT