Artis / Selebriti
” Sedih dengar uncle Raissuddin nyanyi lagu ni. Sangat menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
Video Raissuddin Hamzah Menyanyikan Lagu Popular Arwah Siti Sarah, Kesetiaan Buat Warganet Sebak. Tersentuh Dengar Getar Suara Raissuddin, Menusuk Ke Hati. Sarat Dengan Rasa Rindu Seorang Ayah Pada Anak Yang Telah Pergi !!
2 tahun sudah berlalu sejak arwah Siti Sarah pergi menemui Pencipta-Nya. Pemergian Sarah memberikan satu tamparan yang besar buat ayahnya, Raissuddin Hamzah. Sarah merupakan satu-satunya puteri yang Raissuddin ada dan hubungan mereka sangat akrab. Semua hanya tinggal kenangan untuk Raissuddin.
Meninjau akaun Tiktok Makder, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Raissuddin sedang berkaraoke. Lagu pilihan Raissuddin kali ini adalah lagu dendangan Siti Sarah berjudul Kesetiaan. Lagu ini antara lagu popular Siti Sarah dan begitu sinonim dengan arwah.
Raissuddin juga penyanyi hebat seperti Siti Sarah dan memiliki suara yang lunak dan merdu. Nyanyian Raissuddin yang sarat dengan rasa rindunya itu menyentuh hati warganet. Sesiapa sahaja yang mendengar nyanyian Raissuddin ini pasti merasai perasaan Raissuddin itu.

Oleh kerana itu, nyanyian Raissuddin ini juga membuatkan warganet sebak. Alunan suara Raissuddin dan Siti Sarah yang hampir sama itu lagi mengingatkan warganet kepada Siti Sarah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun Raissuddin tersenyum, rindunya tidak pernah padam untuk anak tersayang.
Jom tonton video di bawah :
@suciuwais KESETIAAN Raissuddin Hamzah #kesetiaaan #rindu #sitisarahraisuddin #fyp #raissuddinhamzah #sing
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sedihnya sampai sini uncle.. rindu sang ayah pada puterinya.. dengar lagu kesetiaan ni memang auto akan menangis.. ”
” Allahuakhbar terlihat jelas rindunya kasih syg seorang ayah pd puteri kesayangannya. moga bidadari syurga aruah siti sarah dtmpatkn brsma org2 yg beriman Amiin Amiin Yrb.. ”
” Al Fatihah untuk Arwah.. Ayah mana yg tak sedih dgn Arwah anak nya.. Ayah ini lah yg meneman Arwah bila ada undangan konsert sebelum bkhawin.. ”
” Rindu tk pernah padam sorang ayah pd satu-satunya anak perempuan yg dia ada. Al Fatihah buat arwah Siti Sarah.. ”
” Rindu yg amat sakit adalah merindui seorang yg telah tiada.. Datang lah sebanyak mane “anak” yg same muke utk mengubati hati,tetapi percayalah yg pergi tu paling dirindui.. ”
” Uncle nyanyi, tapi hatinya Allah je yang tahu betapa rindu pada anknya yang pergi dan tak akan kembali.. sakitnya sampi sni.. seorg Ayah rndu akan puteri nya Allahu.. ”
” Anak perempuan ade sorang jer mau tak rindu.. rapat plak tu. Sedih dengar uncle raissuddin nyanyi lagu ni.. sangat menyentuh hati.. Al-fatihah buat arwah.. ”
Rindunya seorang ayah kepada anak yang telah pergi ke negeri abadi. Nyanyian yang santai tetapi penghayatannya sampai ke hati warganet yang menontonnya. Semoga Raissuddin tetap kuat melawan rasa rindunya itu dan sama-sama kita doakan semoga Sarah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Makder
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi

