Artis / Selebriti
” Sedap woiii, siapa yang kutuk hari tu. Sedap suara Faz nyanyi lagu english.. ” – Komen Netizen
Video Fazura menyanyi lagu Adele, Make You Feel My Love bersama penyanyi dari Indonesia, Kalya Islamadina raih pujian ramai. Wah serius sedap Fazura menyanyi lagu English ni. Soothing sangat suara Fazura, sesuai dengan lagu ni. Along Kamaludin pun ada komen..
Nama Fazura menjadi perbualan hangat sebelum ini apabila video dirinya menyanyi secara live di sebuah stesen penyiaran Indonesia mendapat kritikan. Ramai yang memberikan komen negatif dan mengatakan Fazura tidak sesuai untuk menjadi penyanyi, namun figura ini menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka.
Menerusi perkongsian terbaru Fazura di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian terbaru Fazura. Fazura berduet bersama penyanyi dari Indonesia, Kalya Islamadina dan mereka menyampaikan lagu berjudul ‘ Make You Feel My Love’ oleh Adele.
Tone suara Fazura jelas dan kedengaran agak merdu untuk nyanyian kali ini. Sememangnya suara Fazura sesuai menyanyikan lagu berbahasa Inggeris yang berentak perlahan. Genre sebegini baru betul-betul kena dengan kemampuan vokal Fazura.
Warganet meluahkan rasa teruja mereka mendengar suara Fazura menyanyi dalam video ini. Menenangkan dan penuh kelembutan suara Fazura. Lagu ini membawa makna yang mendalam untuk Fazura dan lagu ini juga sering dinyanyikan untuk anaknya, Nur Fatima Aisya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Soothing suara Faz.. Baguslah. Kerana gigih lah her voice much better in this video.. Love it when you sing in English Faz.. “
” You have that soothing voice, Fazzy. Love.. Sedap fazz nyanyi.. cuma kena asah skill lagi.. Wow Perfect Voice.. I will always support you.. “
” MasyaAllah indahnya ciptaanku ya Allah SWT bahagia selalu ya sayang trus mauu ke depan jngan pikirkan kata orang aamiin ya Allah ya Rabb kunfayakun.. “
” Itu sb sy ckp bg peluang, gagal sekali x semestinya gagal selamanya.. go faz.. sedap woiii.. siapa yg kutuk ritu.. lagi sedap dr yg sorg tuuu.. “
” Kak faz nyanyi English on.. Honestly I quite like your song can’t forget me.. Suara manja sis suka sangat.. this melody suits you well.. “
” Lagu ni sesuai gn suara Faz.. sedap dgr.. Bagus bagus. Jadi kan kritikan netizen sebagai improvement.. I love your tone.. “
” Lagu slow cam ni ok lah Faz bole nyanyi jgn nyanyi lagu high note xsesuai Ngan suara Faz.. but boleh belajar lg.. Sedappp suaranyaa nyanyi lagu english.. “
Pengarah Along Kamaludin juga turut memberikan komennya kepada Fazura :
Bak kata Along Kamaludin, jika gagal sekali, tidak bermakna akan gagal selama-lamanya. Jika diberi peluang untuk memperbaiki diri, inshaAllah Fazura akan boleh buat yang lagi baik daripada sebelum ini. Apa-apa pun, pujian harus diberikan kepada Fazura yang masih berani menyanyi untuk tontonan umum walaupun pernah dikecam sebelum ni.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Best dengar Nubhan cakap Cina, macam pakcik-pakcik Chinese ajak menyembang. Fluent betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah. Sedap rupanya lagu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oh patut la tak nampak Salman. Ingat merajuk Ina kahwin lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia, sampai tak sedar tu lagu Tokti. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat tok kadi, ikut perkembangan semasa. Tak pernah lagi tok kadi bagi ceramah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen