Artis / Selebriti
” Sebak dada, raut wajah Bella menahan sebak. Aku yang nangis teruk.. ” – Netizen
Video Anak Sulung Bella Astillah, Ayden Adrean Menyanyi Dalam Sebuah Majlis Buat Ramai Tersentuh. Sedihnya Lagu Ayden Nyanyi Tu, Gambaran Hidup Mommynya Yang Berliku. Sebak Tengok Bella Tahan Airmata !!
Meninjau akaun Tiktok Oh My Media, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bella Astillah bersama 2 anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna dalam sebuah majlis. Selain Bella, Ayden turut menyumbangkan suaranya dan menghiburkan tetamu yang hadir.
Sebagaimana yang diketahui oleh semua, Ayden sememangnya suka menyanyi. Sudah beberapa kali juga Ayden membuat persembahan pentas bersama mommynya ini. Nyanyian Ayden kali ini menyentuh hati Bella dan reaksi wajah Bella menceritakan segalanya.
Memetik komen warganet, lagu yang dinyanyikan oleh Ayden ini seakan menceritakan segala keperitan yang dialami oleh mommynya selama ini. Ayden adalah saksi betapa hancurnya hati Bella dengan apa yang terjadi, namun kerana Ayden juga lah Bella menjadi seorang ibu yang kuat.

Warganet juga merasai kesedihan Bella dan melihat Bella menahan air matanya dari jatuh membuatkan warganet sebak. Untung Bella kerana Allah mengurniakannya seorang anak yang sangat memahami dan selalu ada di sisi ketika susah dan senang.
Jom tonton video di bawah :
@ohmymedia.cc Anak-anak semua sayangkan Bella. Terus kuat bella, jangan sedih.. #ohmymedia #ommmedia #bellaastilah #artismalaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedihnyaaa , Ayden nyanyi semuaa lagu yang relate dengan kisah mummynya.. aku pulak yang teresak-esak menangis.. pedihnya terasa di hati.. ”
” Raut wajah Bella menahan sebak.. sedihnyaaa, semoga Bella dan anak2 bahagia, teruslh brjuang dan semoga Allah permudahkan segala urusan.. ”
” 1 hari nanti, ayden akan menjadi lelaki yg menghargai wanita. Sbb dia dh menyaksikan kesedihan d mata ibu nya.. ”
” Sebak dada, aku yang nangis teruk.. kenapa terasa betul dengan kehidupan bella.. anak yang baik, bakal jadi pembela mummy.. ”
” Bila khidupan penuh dhimpit penderitaan anak2 lah penguat untuk segala2ye.. bella moga keindahan kehidupan milikmu selamanya.. ”
” Terikut sedih.. definisi hidup itu memang keras.. stay strong bella moga Allah permudahkn segala urusanmu dan sntiasa dlindungi Allah.. ”
” Auto terkeluar airmata.. sedihnya dengar Ayden nyanyi.. anak dia je yang nampak segala-gala tentang perasaan ibu dia.. ”
Sedap suara Ayden menyanyi dan alunan suaranya itu membuatkan ramai yang menangis. Semoga Ayden akan selalu menjadi anak soleh, membanggakan mommy dengan kejayaan dan menjaga mommy sebaiknya sebagaimana mommy menjaga Ayden. Terus kuat Bella untuk Ayden dan Ara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Oh My Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz

