Artis / Selebriti
” Sayang Fatima, bila kau membesar, aku pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa.. ” – Puteri Balqis
Nukilan Rasa Puteri Balqis Khas Untuk Anak Fattah Amin Dan Fazura, Nur Fatima Aisya Buat Warganet Tersentuh. Matang Sungguh Penulisan Aqish. Kata-Kata Ikhlas Dari Hati Seorang Anak Yang Lahir Dari Broken Family, Sebaknya !!
Terbubarnya perkahwinan antara Fattah Amin dan Fazura memberikan kesan kepada semua peminat pasangan ini. Ramai yang sedih menyaksikan pasangan romantis ini akhirnya berpisah. Apa yang lebih memilukan adalah melihat Nur Fatima Aisya yang masih belum mengerti apa-apa.
Banyak perbezaan pendapat yang terjadi sesama peminat, namun jauh di hati masing-masing mengharapkan agar pasangan ini kembali bersama. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Puteri Balqis Ashikin, telah dikongsikan satu bingkisan rasa ikhlas daripada Puteri Balqis untuk Fatima.
Anak gadis ini pernah merasai peritnya membesar dalam keadaan keluarga yang berpecah belah. Tohmahan dan kata-kata hinaan bertalu-talu diterima olehnya sebelum ini. Namun bagi Puteri Balqis, Fatima bertuah kerana memiliki mummy dan daddy yang sangat menyayanginya.

Kisah mereka jauh berbeza dan Puteri Balqis berharap agar Fatima bergembira dan jangan bersedih dengan pandangan manusia lain kerana Fatima berhak merasai bahagia. Setiap kata-kata yang dicoretkan oleh Puteri Balqis sangat positif dan jika suatu hari nanti Fatima boleh membaca, mungkin bingkisan ini boleh melegakan hati Fatima.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Puteri Balqis ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Youre different.. malu la dengan aqish ni.. Dia lagi matang dari korang.. Tahniah aqish.. Anda beza dengan mereka.. “
” Aqish sgt bijak dlm bidang penulisan… Semoga suatu hari nnt aqish dpt hasilkan naskah yg terbaek utk industri.. “
” Aqish sangat-sangat membantu menyedarkan kami yang tidak matang ini. Malu akak dengan kau dik aqish.. “
” Hugs. Terima kasih merawat luka. Nukilan ini mungkin buat Fatima tetapi ini besar makna buat ku mungkin anak anak lain yg broken child atau anak broken home. Semoga sentiasa dalam lindungan NYA sayang Fatima.. “
” Your words are always as deep as an ocean’s blue, a reflection of wisdom you carry through, seeing what the world cannot view.. “
” Hanya yg memahami akn mengerti dan hanya yg mengalami akn memahami. Terima kasih atas kata-kata indah ini.. “
” Bacalah missfazura dan fattahaminz kata2 ikhlas dr seorg adik.. matang Akish berkongsi rasa, luhur Akish memberi kata. Berjuta lebih “tua” dari usia. Semuga Akish dan Fatima dikasihi makhluk di langit dan di bumi.. “
” Sungguh indah dn sangat bermakna penulisan Aqish. Matang dn sangat adil. Win Kata-kata Aqish. Harap Fatima baca dan faham bila dah besar nanti.. “
Walaupun usia Puteri Balqis masih muda, tetapi pemikirannya sangat matang dan nukilan ini memberikan kesedaran kepada semua. Hanya yang pernah melalui lebih memahami. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fazura, Fattah dan Fatima.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Morosechild, IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti6 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen

