Artis / Selebriti
” Saya menangis bila dapat tawaran masuk Oxford. Bella menangis bila dapat tawaran jumpa Lee Min Ho.. ” – YB Syed Saddiq
Video reaksi YB Syed Saddiq ketika Bella Astillah berkongsi cerita pernah menyertai peraduan Meet & Greet pelakon Korea, Lee Min Ho buat ramai terhibur. Wah macam tu sekali usaha Bella, patut lah YB macam jealous je. Ayat last sekali tu macam nada merajuk je YB, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik bellaastillahybsyedsaddiq7, telah dikongsikan video live terbaru Bella Astillah bersama YB Syed Saddiq. Menerusi video itu, Bella ada berkongsi cerita bagaimana Bella boleh menyertai peraduan untuk membolehkannya berjumpa dengan pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho ketika Meet & Greet.
Kata Bella, Bella tidak ada masa langsung untuk pergi membeli produk kerjasama dengan Lee Min Ho di Watson untuk memenuhi syarat peraduan. Namun, Bella bertuah kerana mempunyai sahabat baik yang sanggup membantu pergi membeli produk berkenaan yang berjumlah RM500 semata-mata untuk menyertai peraduan tersebut.
Perkongsian Bella itu telah menarik perhatian YB Saddiq. Kata YB Saddiq, perbelanjaan yang dibuat oleh Bella itu agak membazir, lebih-lebih lagi ketika ini rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. Usik YB Saddiq lagi, sebelum ini beliau menangis apabila mendapat surat tawaran masuk ke University of Oxford, tetapi Bella pula menangis mendapat tawaran untuk berjumpa dengan Lee Min Ho.

Perkongsian video tersebut juga turut mengundang tawa warganet. Ramai mengatakan jelas YB Saddiq kelihatan agak cemburu apabila Bella begitu teruja bercerita mengenai Lee Min Ho. Sehingga kini, video itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@bellaastillahsyedsaddiq7 #syedsaddiq #bellaastillah #repostedvideo #foryoupageofficiall #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #BASS #artismalaysia
♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL] – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL]
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bella sebut pasal harga tu dh macam lakonan Amy Mastura dgn Azhan Rani tu masa Amy nk beli handbeg LV.. Yb jgn nampak sangat tau, hahaha.. “
” Kuat bau cemburu ni… Saya suka, saya suka..Last2 dia tanya Bella berapa tinggi dia, hahahahaa.. Lawak la YB ni, kami terhibur.. “
” YB mode cemburu belike “demi tatapan 5 saat kepada Lee Min Ho kau belanja 500, ” Wow.. Ala Bella tgk Saddiq Ho je dah la.. “
” Gitulh si suami bebel dekat wife bile snggup belnja besar utk sesuatu yg tak ada faedah.. Dapat bayangkan nanti bila Bella dan YB kahwin, haha.. “
” Sy menangis dpt tawaran ke universiti oxford, bella menangis sbb dpt jumpa lee min ho, HAHAHHAHA sabor je la YB oii.. “
” The way he looks at her sideways, then after she mentions oh my god is this really happening terus dia interframe tone pon jadi mcm garang and kena lecture ada bibit2 jealousy tu.. “
” Yb tau tak, muka yb tu ada subtitles. But the best part is, dia dengar dgn sabar je bella cerita walaupun kite dpt baca dgn lancar sekali reaksi muka nya itu.. “
Part Bella takut-takut untuk memberitahu YB Saddiq jumlah duit yang dihabiskan membeli produk-produk untuk menyertai peraduan mencuit hati ramai. Usik warganet, leteran YB Saddiq itu seolah-olah seperti seorang suami sedang membebel kepada isterinya yang boros berbelanja.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bellaastillahsyedsaddiq7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti3 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida

