Artis / Selebriti
” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
Video Amyza Aznan menziarahi pusara anaknya, Andre Mikhail buat ramai tersentuh. Sebak dengar Amyza bercakap dengan Andre. Part Amyza panggil nama Andre paling touching sangat..
Anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail disahkan telah pergi selama-lamanya pada 24 Februari yang lalu. Setelah setahun Andre bertarung melawan kanser paru-paru, akhirnya Andre pergi jua menemui Pencipta-Nya. Pemergian Andre ini menyentuh hati tidak hanya Amyza tetapi juga sahabat handai yang akrab dengan Amyza.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nazz_3010, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amyza menziarahi pusara Andre. Amyza turut ditemani oleh beberapa orang rakannya. Sebak hati warganet mendengar Amyza memanggil Andre.
Amyza turut berkongsi cerita mengenai permintaan Andre sebelum Andre sakit tenat. Sayangnya permintaan Andre itu tidak dapat dipenuhi kerana faktor kesihatan Andre yang tidak mengizinkan. Amyza juga mengakui dia banyak menumpang kebaikan Andre.

Kata Amyza, dari Andre hidup sehingga Andre pergi, Amyza tidak putus mengatakan Andre banyak berbakti kepadanya. Sedih hati warganet mendengar perbualan terakhir Amyza kepada Andre sebelum Amyza pulang. Kasihnya seorang ibu yang tiada akan pernah berkurang sekalipun anaknya telah tiada.
Jom tonton video di bawah :
@nazz_3010 Al-Fatihah buat arwah Andre Mikhail 🥺🤲🏻 . Semoga kak @amyzaaznan.1 terus kuat selalu 🤍 #semogasyurgatempatmu #andremikhail #allahumaghfirlahuwarhamhuwaafihiwafuanhu #salamtakziah #amyzaaznan
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sedihnya aku tengok ibu cakap dengan anak dia Ya Allah.. Smg bondanya diberi kesabaran dan ketabahan ..hanya perlukan masa utk bonda nya.Insya Allah.. “
” Biarlh ibu luahkn sgla ape yg dia rasai.. msih baru utk sang ibu melepaskn sang anak.. bercakaplh wahai ibu jika itu blh melegakn sgla isi hati ibu.. smga ALLAH bgi ibu kekuatan n kesabaran utk ibu.. “
” Seluruh ibu di mana mana negeri sedih juga tapi in shaa allah anakmu ditempat yg tertinggi di sisi Allah s.w.t.. “
” Alfatihah adik Andre Mikhail.. sedih tengok kak Myza bercakap dengan Andre tu. kasih ibu membawa ke syurga..
” Bukan x redha, tapi rindu. orang yg telah kehilangan anak sahaja tahu sakitnya bagaimana.. Bkn sng mak nak terima kehilangan anak.. rindu tiada penghujungnya.. “
” Sakitnya tu smpi di sini… Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. Rindu dgn anak sulung kami yg telah meninggalkan kami buat selama lamanya pd 30.12.2025.. “
” Rindu sorg ibu, yg pnh lalui situasi mcm ni je tahu..org yg xlalui apa yg kak ni lalui, mudah je bckp redha dan sabar, bkn xredha, ini la kerinduan yg xmngkn akn kmbali.. “
” Sedihnya dgr amyza sebut ‘ anak, assalamualaikum andrea Mikhail’. Mga amyza kuat mghadapi dugaan ini… Alfatihah bt Andre mkkhail.. “
Hanya yang melaluinya sahaja tahu perasaan yang Amyza lalui sekarang. Bukan dirinya tidak redha tetapi rasa rindu pada sang anak masih menebal di jiwa. Semoga Amyza terus kuat mengharungi hari-hari mendatang tanpa Andre di sisi dan doakan Andre di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok nazz_3010
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

