Artis / Selebriti
” Rasa tidur betul tu, penat berlari ke sana ke sini. Dah macam cencurut aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
Video di sebalik tabir Aeril Zafrel membantu isterinya, Wawa Zainal membuat video content undang tawa warganet. Ke sana sini Aeril berlari, merangkak dan menyorok, memang function sangat. Part last tu memang tak sangka, berdekah gelak dibuatnya, haha..
Bagi yang mengikuti pelakon Aeril Zafrel di akaun media sosialnya seperti Instagram dan Tiktok, pasti mengetahui yang Aeril sering memuatnaik video yang mencuit hati.Boleh dikatakan semua video yang dikongsikan oleh Aeril pasti membuat ramai yang menonton tak kering gusi ketawa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Aeril, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan di sebalik tabir Aeril membantu isterinya, Wawa Zainal membuat satu video content. Menerusi video itu, Wawa sedang review sebuah bilik hotel yang mereka menginap.
Pada awal video, Aeril membantu membuka pintu dan Wawa masuk ke dalam bilik hotel. Selepas itu, Aeril cepat-cepat membuka sliding door bagi memudahkan Wawa untuk merakam view di luar. Bahkan bukan itu sahaja, Aeril terpaksa merangkak agar dirinya tidak kelihatan dalam video Wawa itu.

Perkongsian ini sekali lagi telah mencuit hati ramai. Ada warganet berseloroh mengatakan seperti melihat seekor cencurut apabila Aeril berlari ke sana ke sini. Sehingga kini, video yang Aeril tersebut menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur melihat telatah Aeril menerusi video tersebut. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Mahu tak tidur, penat berlari ke sana ke sini dah macam cencurut aku tengok, haha.. Aeril memang suami terrpalingg function lah.. “
” Weyyyy hahahhaha belari bekejaran dalam bilikk maunya tak penat.. Aeril kalau buat video memang tak pernah tak kelakar, hahaha.. “
” Eh aku la dgn Aeril ni ahahhah.. Di sebalik story yang cantik terlihat ya pengorbanan lelaki , last2 di bilang husband penat tidurr.. “
” Aku ka kalau nak buat video duk hotel tak dan apa lagi anak terjun dah katil bagi selerak hahaha kitanya dah la bercuti setahun sekali.. “
” Ni suami dari syurga, hahahaha.. Dah tengok tiktok org list macam ni , tapi bila Aeril buat kelakar nya lahai.. Penat gelak.. “
” Ending dia.. Adoiiii aku tertunggu hahahaa.. Siannn penat ye.. Aeril memang terbaik, hahahaha suami mithali.. Hahahaha.. “
” Part Aeril masuk bathtub tu dah tak leh tahan gelak, hahahahha.. Lepas tu Wawa pulak jerit masyaAllah tabarakallah.. Hehehe.. “
Part last memang boleh membuatkan warganet berdekah gelak. Aeril terus naik atas katil dan berpura-pura tidur. Bak komen warganet lagi, Aeril memang seorang suami terpaling function. Untung Wawa ada suami seperti Aeril. Untuk sekadar info, Aeril dan Wawa telah bercuti di sebuah resort di Pulau Redang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aeril_zafrel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

