Artis / Selebriti
” Terus lunak dan sedap, macam lagu dia punya je.. ” – Komen Netizen

Video Khai Bahar menyanyikan lagu Wanita Terakhir yang dipopularkan oleh Fattah Amin raih pujian ramai. Wah sedap juga versi Khai ni. Penuh penghayatan, lembut dan mendayu-dayu. Memang syahdu sangat..
Sebut sahaja nama Khai Bahar, pastinya ramai mengakui kemantapan vokal yang dimiliki Khai. Terbaru Khai telah berkongsi sebuah video Khai menyanyi lagu Wanita Terakhir yang merupakan lagu yang dipopularkan oleh selebriti yang sedang hangat sekarang iaitu Fattah Amin.
Ternyata versi yang dibawakan oleh Khai cukup memikat hati ramai orang. Nampak begitu santai sahaja pembawakan Khai, namun suaranya cukup mantap. Khai tidak pernah mengecewakan peminatnya apabila menyanyikan pelbagai cover lagu.
Khai selalu menyanyi ketika membuat sesi live bersama peminatnya. Kadangkala Khai menyanyi bersama adik perempuannya yang bernama Kyra ketika sedang live. Bak kata netizen, seperti menonton konsert percuma apabila menonton sesi live Khai.
Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Khai membawakan lagu ini seperti lagunya sendiri tanpa dibayangi dengan penyanyi asal iaitu Fattah Amin. Kedua-duanya mempunyai kehebatan yang tersendiri.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ayienannafiya Khai Bahar ni bg laaa lagu apa pun sedap ekk.. dpt tgk free konsert mlm ni 💋 #wanitaterakhir #fattahamin #khaibahar #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #coversong
Di ruangan komen ada yang suka dengan versi dari Khai dan ada juga sebaliknya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Khai bahar tlg cover lagu yg fazura nyanyi tu sedih sgt dia nyanyi.. lagu ni mcm lagu acha Septriasa myheart.. cover lagu bertahan demi cinta ngn adik khair.. “
” Suara fattah lg lembut mendayu2 lg feel lg syahdu.. sedap khai nyanyi lagu ni.. fattah nyanyi sedap, lembut dan mendayu.. masing2 ada suara tersendiri.. “
” Suara memang mantap. Saya ikuti Khai Bahar dari zaman dia nyanyi dlm Smule lagi hingga kini.. mcm lagu dia punya je..sesuai sgt..usshhh syahdu betul.. “
” Tapi version fattah lagi osem….Khai pom ok. Steady lagi suara fattah amin. Lembut n mendayu. Utk khai Bahar, lagu yang saya hafal ialah Luluh.. Apa pun 2² ada kelebihan sendirik… “
” Terus rasa lunak, sedap, enak, memang kena…terus masok ajl lagu ni kalo khai nyanyi.. Artis fav aku dari smule sampai sekrg. Mmg bagi je lagu apa2. Mmg tak kan menyesal.. “
” Walau nyanyi main2 nyanyi tak serius pun sedap dah dgr ..blom praktis betul2 lagi ni .perghh.. mantap.. Khai Bahar menyanyi macam penyanyi lagu sebenarkan.. “
” Ya Allah sumpah tersentuh gile khai bawak lagu nie terus teringat kisah cinta fattah ngan fazura..smga dipermudahkn urusan mereka.. “
Nampaknya ramai yang meminta Khai untuk menyanyikan cover lagu Bertahan Demi Cinta yang dipopularkan oleh Fazura dan Fattah Amin. Kali ini peminat mengharapkan Khai berduet bersama adik perempuannya yang juga memiliki suara yang merdu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ayien
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen