Artis / Selebriti
” Memang feeling habis wei. Tokti dan Khai meletop kebaboom.. ” – Komen Netizen
Video Persembahan Duet Dato’ Sri Siti Nurhaliza Bersama Khai Bahar Di Konsert Fenomena Siti Nurhaliza Singapura Raih Pujian Ramai. Paduan Suara Yang Mengancam Dan Penghayatan Yang Menusuk Kalbu. Khai Pun Buat Macam Lagu Tokti Macam Lagu Sendiri !!
Penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah pun selesai dengan Konsert Fenomena Siti Nurhaliza yang mana dilangsungkan pada 28 dan 29 Jun yang lepas. Konsert gilang gemilang ini berlangsung di The Star Theathe Singapura dan ianya berjaya meraih kehadiran 10 ribu penonton.
Selain persembahan solo DS Siti, konsert ini juga turut menampilkan DS Siti berduet bersama artis pilihannya. Salah seorang artis yang bertuah untuk berpadu suara bersama penyanyi tersohor ini adalah si tampan manis, Khai Bahar. DS Siti sememangnya merupakan idola Khai sejak dari dulu lagi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Afnie Zakaria, telah dikongsikan satu video yang memaparkan paduan suara DS Siti dan Khai. Lagu Wajah Kekasih menjadi antara senarai lagu yang disajikan pada malam tersebut. Mendengar sahaja suara Khai, ramai yang tertarik dengan kelunakan suara Khai.

Paduan suara yang mantap dan warganet menyifatkan duet DS Siti dah Khai antara yang terbaik. Wajah Kekasih apabila dinyanyikan oleh penyanyi lelaki, sedap juga didengar. Sorakan dan tepukan gemuruh diberikan oleh penonton di dewan kepada DS Siti dan Khai.
Jom tonton video di bawah :
@afniezakaria @Siti Nurhaliza Ctdk @khairos’e Best of the best duet! Best of the best song! Major love ❤️ #fenomena #ctdk #sitinurhaliza #khaibahar #sitizoners #fyp #wajahkekasih
Lebih 7000 tanda suka telah pun dicatatkan untuk persembahan tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Khai bahar ni bawak lagu sapa pun, jd mcm lagu dia ….. lemak manis sedap.. Penghayatan nya menusuk qalbu lagu ni.. ”
” Tercapai hajat Khai nak berduet dengan idola. Nampak teruja dia tu kan.. sedih pulak.. Tok ti tahu kelebihan Khai… pernah duet bersama lagu cinta syurga.. ”
” Suara khai ni best sebab suara dia ni key perempuan boleh key lelaki boleh. So smooth jee.. antara partner duet yang best bila dengan tokti.. ”
” Aduhh bila nie.. aku mmg love betoi klu dua ketoi nie nyanyi… Mmg feeling habis weiii Tokti + Khai mmg meletopp kebaboom uui… Ceq love weiii.. ”
” Siti nurhaliza duet khai bahar … sedap merdu.. khai antara penyanyi angkatan baru yg aku minat rupa ada suara bagus.. ”
” Bertuah khai , walaupun dikira agak baru , berpeluang dapat duet dgn tokti . suara khai sedap.. suak khai bawa lagu ni.. ”
” Tok ti tau khai ni ada kelebihan tersendiri. perlu diexpose lg.. yg penting dia very low profile and caring his parent. Persembahan ni nmpk Khai sgt menghormati tokti, xleh overshadow best keep it up.. ”
DS Siti pandai dalam pemilihan pasangan duetnya dan Khai adalah pilihan yang tepat. Paduan suara mereka berdua itu membuatkan lagu ini semakin harmoni didengar. Seronok dan gembira Khai dapat satu pentas dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Apa-apa pun, semoga kedua-dua penyanyi kesayangan ramai ini success selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Afnie Zakaria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

