Artis / Selebriti
” Comel baby bump, semoga dipermudahkan segala urusan.. ” – Komen Netizen

Majlis Baby Shower Anak Dato’ Awie Dan Datin Ladyana Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Nak Masuk 7 Anak Dato’ Awie. Tengok Tema Pun Dah Tahu Bakal Jantina Baby, Tahniah !!
Meninjau ke akaun Instagram isteri kepada Dato’ Awie, perkongsian beberapa gambar yang memaparkan majlis baby shower anak ketujuh Dato’ Awie telah meraih perhatian ramai. Untuk rekod ini pula merupakan anak kedua buat Datin Sharifah Ladyana.
Majlis ini dirancang oleh rakan-rakan Datin Ladyana sebagai satu kejutan. Dalam majlis ini turut mendedahkan jantina bayi yang bakal dilahirkan iaitu bayi lelaki. Nampaknya ini merupakan putera kedua buat Datin Ladyana kerana anak sulungnya juga merupakan seorang anak lelaki.
Majlis disambut secara kecil-kecilan bersama empat orang rakan Datin Ladyana. Nampaknya Datin Ladyana bakal bersalin tidak lama lagi kerana melihatkan keadaannya yang semakin sarat. Bertambah meriahlah rumahtangga Datin Ladyana dengan kehadiran bakal bayi kedua ini.
Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen yang memberikan ucapan tahniah buat Datin Ladyana dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan untuk bersalin kali ini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Perkongsian ini menerima pelbagai respon daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Laa padan lah lama tak nampak, tahniah.. semoga dipermudahkan segala urusannya.. baby bump so cute.. berseri mommy.. “
” Wah, baby bump.. tahniah lady.. beautiful momma, semoga dipermudakan segalanya.. bila dijangkakan bersalin tu.. mcm tk lama je.. “
” Masyallah, cantiknya aura ibu mengandung.. moga dipermudahkan segalanya.. selamat ya kak .. semoga kehamilan berjalan lancar.. “
” Aww.. semoga dipermudahkan segala urusan.. kak sha rindu lady, nanti insyaaallah bila kami balik malaysia kami dtg visit ok.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan ko nanti. take care ok, baby made masa holiday di turkey ni ye.. may Allah ease everything syg.. “
” Wah pregnant lagi, seronoknya.. semoga dipermudahkan bersalin nanti datin lady ku syg… rindu amat amat .. comel baby bump.. “
” Bila due.. congrats its aboy . sama dgn anak i.. cucu no 2 otw too.. semoga dipermudahkan segala nya datin lady.. congrats dear.. “
Tahniah diucapkan kepada Datin Ladyana dan juga Dato’ Awie kerana bakal menimang cahaya mata lagi. Semoga segala urusan dipermudahkan sehingga ke saat melahirkan nanti. Jaga diri dan juga kesihatan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ladyana Alqudree
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku stuck, 10 kali gelak tengok video ni. Tok Ram dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Liza Aziz rap terkeluar style Almarhum ibunya, Normadiah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sabar, sabar, Nabila tukar jadi hijau sat lagi haa.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen