Artis / Selebriti
” Allahu, sedihnya tengok Khai menangis. Sakitnya kehilangan mak.. ” – Komen Netizen

Video Khai Bahar tidak dapat menahan air mata kerana teringatkan arwah ibunya selepas melihat bunga api tahun baru buat ramai tersentuh. Khai cakap mak dia suka tengok bunga api. Sampai bengkak-bengkak mata Khai, bergetar badan menahan kesedihan..
2 Jan 2024 adalah tarikh yang tidak akan dilupakan oleh penyanyi lelaki popular, Khai Bahar. Pemergian ibu tercinta, Rosnah Mohamad meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Khai. Pejam celik, pejam celik, esok bakal genap setahun peristiwa hitam dalam hidup Khai itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ixorra Design, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Khai ketika bercerita kepada warganet mengenai arwah ibunya itu. Kata Khai, arwah ibu paling suka melihat bunga api. Sekiranya ibu masih ada, tentu ibu yang paling gembira melihat bunga api sempena sambutan tahun baru.
Khai gagal menahan air matanya dari jatuh ketika mengucapkan selamat tahun baru untuk ibunya itu. Dalam tangisan, Khai memohon agar ibunya itu mendoakan agar dirinya sentiasa kuat dan boleh menjaga adik-adik sebagaimana yang ibu mahukan.
Warganet turut menangis melihat kesedihan penyanyi kesayangan ramai ini. Bukan mudah untuk redha dengan pemergian ibu tercinta. Perginya tidak akan kembali lagi dan rasa rindu yang bersarang di hati tidak akan ada penghujungnya. Menitik-nitik air mata Khai meluahkan rasa rindunya pada ibu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cikdiamond123 Sebaknya tengok Khai menangis macam tu 🥹🥹. Semoga Khai terus kuat.. #khaibahar
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Al fatihah untuk mak khai bahar.. Same situation. Arwah ayah birthday 31 dec. Malam new year mmg malam menangis je teringat arwah.. “
” Aku pun rindu mak aku khai.. mak aku pergi bulan 4 smpi skrng stiap ari mst aku menangis, lg2 ngk gmbr mak aku.. skrng nie mak kte perlukan doa kte, mak kte da xley nk doakn utk kte lg.. “
” Alfatihah untuk mak khai semoga khai tabah menhadapi nya harap khai kuat selalu. ikut menangis tengok khai sedih macam ni.. “
” Alfatihah buat kak ros.. khai sabar banyak banyak.. semua kita merasa.. faham sgt apa yg khai rasa.. sakitnya kehilangan mak ni.. pernah lalui dan masih rasa sakitnya.. kuat kan hati.. “
” Allahu sedihnya tengok Khai nangis.. Alfatihah utk arwah mak Khai.. Sakit sgt rindu pd yg insan yg dh tiada.. “
” Jangn nangis khai, akAk sedih tau tengok khai macam ni.. arwah mak dh senang di sana. insha Allah.. “
” Luka paling sakit bila kau rindu pd yg tlah tiada.. sakit nye Tuhan je yg tau.. mata je dh menggambarkan ape yg ad dlm hati dia.. terus kuat khai.. “
Bukan mudah untuk melaluinya, namun yang masih hidup perlu teruskan kehidupan. Khai seornag anak yang baik dan tentunya ibu Khai sedang berbahagia di sana. Semoga ibu Khai di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu Khai.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ixorra Design, IG Khai Bahar, IG Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen